"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bongkar pengkhianatan PAS terhadap calon PKR bagi parlimen Machang PRU13 yang lalu

Bekas pengarah pilihan raya PKR dedah muslihat Pas
MALAYSIA DATELINE
Seorang yang terlibat sebagai pengarah kempen untuk calon PKR bagi kawasan parlimen Machang hari ini mendedahkah muslihat sulit Pas memenangkan calon Umno dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.

"Saya ahli Pas yang amat sayang parti yang saya dukung bagi memperjuangkan Islam.

"Namun kisah sumbang Pas amat saya kesali di mana ia berlaku pada PRU13 di mana saya diberi tugas untuk menolong jentera PKR bagi parlimen Machang, P029," kata Ghazali Mat dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial.

Menurut Ghazali, kepada yang tidak puas hati keahliannya dalam Pas, mereka boleh membuat carian dengan nombor kad pengenalannya 590612-03-5267.

"Saya amat kesal dan sampai ke hari ini saya masih terkilan dengan parti kita Pas. Ini kesah dan tauladan buat saya.

"Saya amat sayang parti yang saya dokong dan memperjuangkan Islam.

"Ini kesah berlaku pada PRU ke-13 di mana saya diberi tugas untuk menolong jentera PKR bagi Parlimen Machang P.029.

"Saya diberi tugas sabagai pengarah pilihan raya itu bagi Dun Kemuning.

"Tugas ini amat berat untuk saya terima tetapi oleh kerana permintaan dari calon iaitu saudara Dr.Wan Zawawi Iasmail saya terima.

"Kehadiran beliau dalam jentera PKR disambut baik oleh jawatankuasa dan jentera pilihan raya.

"Pada awal kempen saya amat berbesar hati dengan kerjasama semua pihak.

"Mengikut culaan ketiga-tiga Dun Pas boleh menang.

"Ini bermakna parlimen pun ikut sama menang," katanya.

Hampir seminggu lagi hari mengundi katanya lain pula ceritanya.

"Saya dipanggil bermesyuarat dengan pengarah-pengarah Dun dari Pas dan juga calon.

"Di sini bermulanya keraguan saya yang mana diarahkan calon Parlimen jangan dibagi undi dan undi parlimen dibagi kepada Umno.

"Saya bertanya kenapa ini berlaku, jawapannya arahan presiden.

"Saya mati akal, pilihan raya rasa macam tak berguna lagi, maklumlah niat hati nak ke Putrajaya," katanya.

Apabila sampai hari membuang undi dan seterusnya pengiraan undi katanya, jelas 3 Dun Pas menang dengan majoriti tiga ribu lebih tetapi PKR kalah kepada Umno (parlimen) dengan majoriti 805 undi.

"Saya menyesal dan menangis sebab kerja buat saya sia-sia.

"Bermula dari situ saya tak mempercayai lagi apa-apa yang berkaitan degan Pas.

"Apakah parti Islam yang memperjuangkan agama sanggup menikam belakang dalam gabungan Pakatan Rakyat," soalnya.

Kini beliau masih ahli Pas tetapi PRU14 telah nekad tidak akan mengundi Pas lagi.

Wakil MALAYSIA Dateline yang menemuinya petang tadi mengesahkan kenyataan beliau ini.

Tiada ulasan: