"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tanpa rasa malu, bertudung pergi main judi

MUHAMMAD AFHAM RAMLI

PUCHONG - Tanpa segan silu masuk ke premis perjudian biar pun bertudung dan berpakaian sopan.

Namun, alasan baru pertama kali cuba untuk berjudi bagaimanapun tetap gagal mempengaruhi pihak berkuasa untuk membebaskannya dalam Ops Dadu yang dijalankan di Jalan TK 1/11B Taman Kinrara, dekat sini, malam tadi.

Hanya mahu dikenali sebagai Ruby dan berasal dari Indonesia berkata, dia datang ke premis terbabit bersama rakannya menaiki kereta dari Kuala Lumpur.

"Awalnya saya mahu menemankan rakan saya bermain, tapi saya diberikan RM10 oleh kawan untuk cuba permainan (judi) ini..saya cuba-cuba sahaja.

"Tak sampai satu jam pun saya main dan duit habis macam itu sahaja," katanya ibu tunggal kepada tiga anak itu yang ditemui selepas tertangkap di premis terbabit.

Wanita berusia lingkungan 50-an dan bekerja sebagai tukang cuci itu akui malu dengan perbuatan yang dilakukannya.

"Anak-anak saya ada di Indonesia, kalau mereka tahu pasti mereka malu dan tidak apa yang mahu dilakukan..saya redha," katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor, Deputi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, operasi yang bermula jam 9 malam dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya ini telah memeriksa 12 buah premis disyaki menjalankan aktiviti perjudian di sekitar daerah Serdang.

Menurutnya, dapati empat daripada premis terbabit masih positif apabila menemui beberapa peralatan untuk bermain judi. Namun, tiga daripadanya telah tutup dan tidak beroperasi melainkan sebuah premis di Taman Kinrara ini.

"Ketika serbuan telah menahan empat penjaga premis membabitkan warga Bamgladesh serta 42 pemain atau pelanggan yang berusia lingkungan 20 hingga 50-an.

“Pemeriksaan mendapati premis tanpa lesen ini baru beroperasi sejak dua hari lalu dan berselindung di sebalik restoran bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya di lokasi serbuan.

Beliau berkata, polis telah memohon waran untuk menggeledah 12 premis yang sebelum ini didapati menjalankan kegiatan judi haram.

Katanya, pelbagai barang telah dirampas seperti komputer, simulator, server dan wang tunai. Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Tiada ulasan: