"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ezam akan dedah maklumat 1MDB bila Parlimen dibubar

Ezam akan dedah maklumat 1MDB bila Parlimen dibubar
SEGALA salah guna kuasa dan penyelewengan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan didedahkan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan nanti, kata bekas senator Mohamed Ezam Mohd Nor.


Ezam berkata pendedahan maklumat itu diperolehi ketika beliau memegang jawatan Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan Malaysia.

"Sekarang ini jangan banyak soal kenapa saya keluar Umno atau berucap di pentas PKR," katanya merujuk pada kehadirannya sebagai penceramah di pentas PKR buat pertama kali selepas 10 tahun bekas ketua pemuda PKR itu meninggalkan parti itu.

"Sebaiknya kita tunggu untuk jatuhkan pemimpin yang menyamun ini.

"Kalau cari dedak, saya tidak akan tinggalkan Kementerian Kewangan... sebab itu Tun Mahathir (Mohamad) lawan kerana beliau nampak dan kalau tak melawan, negara akan hancur.

"Sebaik Parlimen dibubarkan, saya akan dedahkan semua penyalahguna kuasa dan penyelewengan berkaitan 1MDB... Kita hukum setiap anggota Parlimen kerana membiarkan pemimpin mereka menyamun," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian.

Pada masa sama beliau juga turut menjelaskan keputusannya untuk keluar daripada Umno kerana amalan rasuah.

"Saya sertai Umno pada 2008 kerana mendapat komitmen jelas dari Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melakukan perubahan besar dalam usaha memerangi rasuah dengan menggubal akta Badan Pencegahan Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Satu lagi tumpuan saya adalah OSA (Akta Rahsia Rasmi) namun saya lihat akta bukan sahaja gagal digubal sebaliknya disalah guna ke atas PAC bagi laporan 1MDB.

"Saya tidak boleh berkompromi dalam soal ini apabila saya dapati ada berlaku kecurian duit.. bukan sikit tapi bilion yang masuk ke akaun sendiri dan ini bukan rasuah biasa tapi beri implikasi besar."

Ezam memulakan karier politik sebagai ahli Umno namun mengumumkan keluar Umno pada 1998 menyertai PKR namun keluar daripada parti tersebut pada 2007.

Setahun 2008, Ezam menyertai semula Umno dan pernah dilantik dan memegang jawatan Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan Malaysia dan kemudiannya keluar daripada Umno semula pada 2016.
-themalaysianinsight

Tiada ulasan: