"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemuda Amanah fail laporan polis terhadap Takiyuddin

Malaysiakini 
Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin telah memfailkan laporan polis terhadap Menteri Undang-undang Takiyuddin Yassin berhubung kenyataannya bahawa kabinet bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada Yang di Pertuan Agong sama ada darurat perlu dilanjutkan atau tidak.

Dalam laporannya, Shazni menyuarakan kebimbangan mengenai kenyataan menteri itu boleh menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap Agong.

"Kenyataan YB menteri ini boleh difahami bahawa beliau seolah-olah memberi peringatan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa baginda tidak mempunyai pilihan lain selain melakukan seperti yang diarahkan oleh kabinet sedangkan ia tidak berasas dan menyimpang daripada Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat (Kuasa Kuasa Perlu) 2021 yang memperuntukkan hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa bebas untuk menasihati Yang di Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar yang mengancam keselamatan, kehidupan, ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit iaitu Covid-19," katanya pada laporan polis itu.

Shazni merujuk kenyataan Takiyuddin bertarikh 12 Jun yang mendakwa Agong bertindak atas nasihat kabinet mengikut Perlembagaan Persekutuan ketika keadaan darurat diisytiharkan pada bulan Januari - bagi menangani Covid-19.

"Oleh yang demikian, persoalan mengenai sama ada darurat yang akan tamat pada tarikh tersebut (1 Ogos) diteruskan atau tidak atas budi bicara KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Baginda sepertimana yang dibangkitkan tidak seharusnya timbul," kata Takiyuddin.

"...adalah menjadi tanggungjawab jemaah menteri untuk terus menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong selaku Ketua Utama Negara dalam membuat sesuatu keputusan mengenai kedudukan tempoh darurat," jelas menteri di JPM itu.

Shazni berkata Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang dianggotai oleh 19 orang ditugaskan untuk menasihati raja sama ada meneruskan darurat atau tidak.

"Kenyataan (Takiyuddi) ini juga seolah-olah dengan cara menghasut orang ramai untuk bertindak pada Yang di-Pertuan Agong sekiranya Agong bertindak bertentangan dengan kehendak parlimen atau kabinet.

"Dilihat dari sudut itu, pernyataan beliau mempunyai kecenderungan menghasut dan kerana ini merupakan kesalahan di bawah undang-undang," katanya lagi.

Kenyataan Takiyuddin mengundang kritikan antaranya daripada Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said, yang berkata kerajaan tidak patut "mengalihkan tiang gol" apabila tempoh darurat berakhir.

Takiyuddin berkata kerajaan tidak pernah campur tangan dalam sebarang urusan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat sebaliknya memberikan sepenuh kerjasama supaya jawatankuasa ini dapat melaksanakan fungsinya - untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong bila darurat akan berakhir.

Tiada ulasan: