"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki India miliki 38 isteri, 89 anak meninggal dunia

Bernama

Ahli keluarga Ziona Chana (kanan) bergambar di luar rumah mereka di kampung Baktawng Tlangnuam, Mizoram di timur laut India pada 7 Okt 2011. (Gambar Reuters)

NEW DELHI: Seorang lelaki India dari negeri timur laut Mizoram yang dipercayai mempunyai keluarga terbesar di dunia dengan 38 isteri dan 89 anak, meninggal dunia pada usia 76 tahun semalam.

Menurut agensi Anadolu, kematian Ziona Chana diumumkan Ketua Menteri Mizoram, Zoramthanga di Twitter.

“Dengan dukacita dimaklumkan #Mizoram mengucapkan selamat tinggal kepada Mr Zion-a (76) yang dipercayai memiliki keluarga terbesar di dunia dengan 38 isteri dan 89 anak,” katanya.

Zoramthanga berkata, Mizoram dari kampung Baktawng Tlangnuam menjadi tarikan pelancong utama di negeri itu kerana keluarganya.

Chana, ketua sektor agama dikenali sebagai “Chana Pawl” yang diasaskan bapanya pada 1942 membenarkan poligami.

Menurut pegawai, Chana, yang juga mempunyai ramai cucu, meninggal dunia pada petang Ahad.

“Beliau dibawa ke sebuah hospital swasta di daerah lain dan menurut laporan, dia meninggal dunia hari ini (Ahad),” kata Timbalan Pesuruhjaya Daerah, Serchhip Kumar Abhishek.

Bekas ketua menteri Mizoram dan pemimpin kanan Kongres Nasional India, Lal Thanhawla menyifatkan kematian Chana sebagai kehilangan sangat besar buat semua.

Tiada ulasan: