"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

“3 hari yang sia-sia untuk kenal pasti kerajaan PN atau BN”

MALAYSIA DATELINE

Rumah sudah siap pahat masih berbunyi itulah gambaran yang diberikan kepada kerajaan baru yang telah dibentuk di bawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Apatah lagi di dalam keadaan negara yang sedang berperang melawan pandemik Covid-19 yang terus menjadi cabaran utama kerajaan baharu ini.

Melihat suasana ini AJK AMANAN Nasional Adly Zahari berkata rakyat  harus menerima hakikat bahawa negara ini tidak akan mendapat kerajaan yang stabil sehingga pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana katanya, kerajaan telah mengubah sistem kepimpinan negara daripada ditentukan lebih 15 juta rakyat Malaysia kepada sistem kepimpinan yang ditentukan oleh 114 Ahli Parlimen.

“Suka atau tidak, kita telah menjadi mangsa kepada keadaan yang ada kini. Kita telah kehilangan ramai insan yang kita kenali,” katanya.

Pengerusi AMANAH Melaka di Faceboonya berkata, Covid-19 masih menjadi cabaran terbesar buat negara di mana kesihatan rakyat harus diberi keutamaan bagi memastikan negara kekal selamat dan sektor ekonomi boleh berjalan dengan baik.

“Kerajaan yang stabil diperlukan negara, polemik dalaman kerajaan baru perlu dihentikan dulu sebelum semua yang dirancang boleh dilaksanakan dan dijayakan.

“Tiga hari yang sia sia hanya untuk kenal pasti kerajaan PN atau kerajaan BN. Masa itu emas buat negara. Sebelum menjemput tetamu masuk ke rumah, pastikan rumah tak berselerak,” katanya.

Ismail Sabri telah diperkenankan YDPA sebagai Perdana Menteri ke-9, namun sehingga hari ini masih belum ada bayangan kabinetnya akan dibentuk malah wujud pertelingkahan dalam kalangan parti-parti yang menyokong Ismail kerana masing-masing mahu menjadi orang nombor dua negara.

Tiada ulasan: