"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siapa layak pimpin PH hadapi PRU-15

MUAMMAR QADDAFI MOHD NASIR

Setelah bertungkus lumus lebih setahun dalam usaha mendapat kembali mandat rakyat PRU-14, akhir rakyat melihat kerajaan PN dipimpin oleh Tan Seri Mahaiddin Yassin akhirnya tumbang akibat pergeseran dalaman mereka sndiri.

15 ahli parlimen Umno diketuai oleh Zahid telah menarik diri dari menyokong Mahaiddin dan juga menarik keluar Umno dari menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Strategi Umno bukan sahaja berjaya meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional bahkan mengelabui mata Pakatan Harapan seolah melihat kejatuhan Mahaiddin sebagai tanda kemenangan Pakatan, namun sebaliknya ia adalah strategi licik Umno untuk kembali berkuasa.

Ramai mendakwa ketua Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditipu oleh Umno, ditipu oleh Zahid hingga mengakibatkan hal ini berlaku, dan wujud suara apabila beliau gagal berkali kali dalam mendapatkan mandat rakyat, supaya beliau berundur atau sekurangnya meminta Pakatan Harapan mencari ketua baharu mengantikan Anwar Ibrahim.

Mengantikan Anwar bukanlah langkah terbaik, kerana dalam beberapa pilihan raya yang dipimpin Anwar kita mendapat rekod yang baik. Bermula 2008 kita dapat menafikan 2/3 BN dan 2013 kita menambah baik prestasi.

Pada 2015 Anwar dipenjara jika tidak, pasti 2018 adalah saat buah ranum dipetik dan kita berjaya merampas Putrajaya dibawah kepimpinan beliau.

Tak tepat dikatakan hanya dengan kepimpinan Tun Mahathir PH menang pada 2018 kerana dengan kepimpinan Mahathir sekalipun, undi melayu yang kita peroleh tetap rendah iaitu hanya sekitar 25% berbanding pada PRU13 kita memperoleh 30% undi melayu yang sebahagiannya disumbang oleh Pas.

Kemenangan Pakatan Harapan pada 2018 adalah kerana kita kekal prestasi sokongan 2013 dan 2008, dan pertandingan 3 penjuru yang awalnya disangka untungkan BN namun sebaliknya menjadi senjata makan tuan.

Kita menang pada PRU14 adalah kerana asas yang dibina Anwar sejak 2008, saya tidak mempunyai keraguan bahawa PRU15 sekiranya dipimpin oleh Anwar Ibrahim, Pakatan Harapan mampu menang lebih selesa.

Anwar Ibrahim pasti tidak mampu menjanjikan undi melayu lebih dari Tun Mahathir pada 2018, pasti kurang atau setara berbanding 2018 namun sekiranya dengan permainan yang hampir sama seperti 2018, kita akan mengulangi kejayaan.

Risiko menukar kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim adalah,

1. Kita kehilangan tapak yang kuat dokongan pengundi urban

2. Kesatuan dalam Pakatan Harapan berisiko rapuh jika Anwar disingkirkan.

Dalam keadaan tidak menjanjikan keputusan yang lebih baik, mengambil risiko ini bukan sahaja tidak pintar bahkan membunuh diri.

Imej Anwar Ibrahim pasca kejatuhan Mahaiddin dan naiknya Ismail Sabri tidak begitu tercalar, kerana orang melayu melihat yang menjatuhkan Mahaiddin adalah Zahid dan Najib dan yang menaikkan Ismail Sabri adalah katak, pengkhianat, pelacur (memetik Ku Li) dan kleptokrat.

Dengan pergeseran sejak sehari sebelum Ismail angkat sumpah, kita sewajarnya order popcorn lebih banyak menyaksikan parti pemerintah hari ini bergaduh sesama sendiri.

PRU15 akan menjadi lebih selesa jika, Warisan dan Muda menyertai blok Pakatan Harapan. Pejuang juga adalah aset namun soal Pejuang bersabit 2 isu iaitu mereka sendiri enggan bersama dalam Pakatan Harapan yang diketuai Anwar Ibrahim dan kedua, penerimaan akar umbi Pakatan Harapan terhadap Pejuang mungkin sukar memandangkan pengalaman dengan Bersatu


Penulis adalah aktivis politik di Terengganu.

Tiada ulasan: