"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ismail ajak pembangkang sertai MPN, Jawatankuasa Khas Covid-19

FMT Reporters

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mempelawa parti pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Beliau berkata, semua pihak perlu mengamalkan prinsip kebersamaan dan sedia bekerjasama dalam satu pasukan demi mengharmonikan semula suasana.

“Saya faham, kemelut politik yang melanda negara menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

“Oleh itu, kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan. Ini termasuklah mewujudkan kerjasama rentas parti,” katanya ketika menyampaikan ucapan sulungnya sebagai perdana menteri hari ini.

Ismail berjanji akan menyediakan pasukan pentadbiran yang akan berkhidmat membantu negara keluar daripada kemelut kesihatan dan ekonomi.

“Saya berikrar menghasilkan yang terbaik demi membuktikan kepercayaan rakyat kepada pasukan saya tidak dipersiakan.

“Hasrat ini hanya berupaya dicapai melalui kerjasama daripada seluruh pentadbiran yang didukung oleh penjawat awam selaku tulang belakang pentadbiran negara.”

Tiada ulasan: