"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemimpin utama PN adakan mesyuarat khas di Publika bermula 9:30 AM tadi

Faiz Zainudin

Abdul Hadi Awang tiba di Publika untuk menghadiri mesyuarat khas pimpinan utama PN.

KUALA LUMPUR: Pemimpin utama parti Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat khas di Publika, difahamkan bagi membincangkan isu barisan kepimpinan kerajaan selepas bersetuju memilih Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Antara pemimpin dilihat hadir ialah, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung STAR, Guan Dee Koh Hoi; Ketua Pemuda PN Khairil Nizam Khirudin; Ketua Wanita Bersatu, Rina Harun dan Ketua Penerangan Pemuda PN, Muhammad Hilman Idham.

Turut difahamkan mesyuarat tersebut dipengerusikan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang juga pengerusi parti PN.

Pimpinan PN dilihat mula tiba di Publika sekitar jam 9.30 pagi tadi.

Ismail mengangkat sumpah sebagai perdana menteri semalam menggantikan Muhyiddin yang meletak jawatan pada Isnin lalu selepas kehilangan sokongan majoriti.

Istana Negara dalam kenyataannya sebelum ini mengumumkan pelantikan Ismail sebagai perdana menteri selepas 114 Ahli Dewan Rakyat dari parti kerajaan pimpinan Muhyiddin sebelum ini mencalonkannya, sekali gus mendapat mengekalkan pentadbiran lalu dari jatuh kembali kepada Pakatan Harapan (PH) yang mencalonkan Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan: