"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Langkah pertama Idris, sahkan apakah benar fatwa “Amanat Haji Hadi” dipadamkan

MALAYSIA DATELINE

Menteri agama yang baharu perlu mengesahkan apakah benar fatwa tentang “Amanat Haji Hadi” yang di keluarkan di Kampung Banggol Peradong, Terengganu, pada tahun 1981 telah dipadamkan dari portal Jabatan Kemajuan Islan Malaysia (JAKIM).

Pengerusi AMANAH Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah dalam kenyataannya berkata, dengan perlantikan Idris Ahamd sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), beliau perlu mengesahkan perkara ini.

“Terlebih dahulu pastinya rakyat Malaysia ingin menuntut penjelasan serta pencerahan isu penting yang besar yang masih belum dijawab sejak 17 bulan yang lepas semasa kerajaan Perikatan Nasional lagi di mana YB Marzuk menjadi sebahagian dari kerajaan dan juga kementerian yang sama.

“Mengapakah keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai “Amanat Haji Hadi” yang di keluarkan di Kampung Banggol Peradong, Terengganu, pada tahun 1981 telah dipadamkan dari portal JAKIM secara senyap senyap tampa apa apa pengumuman rasmi ?

“Adakah amanat tersebut yang telah diistihar sesat oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dan dipersembahkan kepada Majlis Raja Raja Melayu kini telah boleh diterima untuk di guna pakai hari ini ?

“Kalau itulah alasanya ia dipadamkan dari portal JAKIM, bilakah keputusan tersebut di buat oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia?” tanya bekas timbalan menteri itu dalam satu kenyataannya.

Beliau juga bertanya, adakah JAKIM berkuasa boleh memadamkan status amanat tersebut begitu sahaja tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Isu ini amat mendalam implikasinya kerana Amanat Haji Hadi di Banggol Peradong telah memporak perandakan masyarakat tempatan Islam dengan isu sembahyang dua imam, tidak sah sembelihan dan akad nikah oleh orang Islam pihak tertentu dan berbagai lagi isu perpecahan masyarakat dan keluarga.

“Sehingga hari ini kesan perpecahan dan persengketaan tersebut amat mendalam dalam kalangan umat Islam khususnya di Pantai Timur,” kata beliau.

Bagi beliau, sebelum Menteri Agama Ustaz Idris melangkah kedepan meneruskan agenda RUU 355, haramkan arak serta judi dan LGBT, status isu yang di cetuskan olih Pas sendiri pada tahun 1981 ia itu isu status “Amanat Haji Hadi” yang telah hilang di padamkan JAKIM secara penuh misteri perlu diperjelaskan.

“Kredibiliti, integriti dan kewibawaan Kementerian Agama akan terjejas dan kurang dihormati jika isu penting yang telah memecah belahkan umat Islam secara begitu mendalam di tinggalkan tidak terjawab.

“Ini adalah tugas pertama yang amat penting YB Ustaz Idris sebagai Menteri Hal Ehwal Agama untuk menjaga nama baik serta kredibiliti kementerian yang bertanggungjawab tentang agama Islam,” kata Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional itu.

Dalam kenyataannya, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Pas kerana diberi kepercayaan penuh oleh Perdana Menteri menduduki jawatan Menteri dan juga Timbalan Menteri dalam Kementerian Hal Ehwal Agama.

Bagi beliau, dengan penguasaan penuh PAS di kementerian agama, tidak patut ada halangan lagi untuk melaksanakan segala janji janji Pas kepada pengikutnya selama ini.

Bersama dengan Senator Ustaz Idris Ahmad sebagai Menteri Hal Ehwal Agama, adalah YB Marzuk yang mengekalkan jawatannya sebagai timbalan.

Kedua dua orang kuat Pas ini, katanya, sudah tentu tidak akan menghampakan penyokong Pas dalam isu RUU 355, isu judi dan arak, menghukum “pembunuh” arwah Adib, serta menyelesaikan masalah LGBT dan berbagai isu lain yang sewaktu dengannya.

Tiada ulasan: