"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perkenal ‘pilihan raya pecat wakil rakyat’ cegah lompat parti, kata Azalina

FMT Reporters

PETALING JAYA: Antara cara mencegah tindakan lompat parti adalah dengan memperkenalkan ‘pilihan raya untuk memecat wakil rakyat’, kata Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said.

Dalam perkongsian berbentuk FAQ berkenaan Akta Mencegah Lompat Parti, Azalina berkata, “pilihan raya untuk memecat wakil rakyat” membolehkan rakyat menarik balik mandat diberikan kepada wakil rakyat, jika mereka melompat parti.

Beliau menjelaskan, selepas daripada itu, pilihan raya kecil akan diadakan di kawasan terjejas demi rakyat memilih wakil baharu.

Dalam soalan mengenai pilihan raya dengan mandat bagi parti, Azalina menggambarkannya sebagai mekanisme untuk rakyat memilih berdasarkan parti politik, bukan individu.

“Parti akan memenangi kerusi berdasarkan peratusan undi yang diperoleh. Ini perlukan perubahan sistem pilihan raya,” katanya.

Mengulas mengenai objektif akta mencegah lompat parti, beliau berkata, ia adalah demi memelihara semangat demokrasi, selain memberi mandat kepada rakyat menentukan pelompat tersebut boleh mengekalkan kerusinya atau tidak.

Tambahnya, akta tersebut juga untuk mengurangkan kejutan kepada keseimbangan kuasa dan kemelut antara semua parti politik.

Tiada ulasan: