"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerajaan Ismail Sabri perlu segera tubuh RCI siasat kepincangan PDRM

MOHD ALI HASHIM

Kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob harus segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pelbagai dakwaan terhadap campur tangan perjawatan polis serta penglibatan najis dadah dalam kalangan anggota polis.

Ahli Majlis Pimpinan AMANAH Nasional, Faiz Fadzil dalam satu kenyataan beliau berkata, tiga bulan lalu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mencampuri pelantikan jawatan pegawai kanan Pollis melalui kuasa dalam Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

Renteran itu juga tular satu audio perbincangan penukaran pegawai kanan polis sepertimana diakui oleh Hamzah.

“Manakala pada 28 Ogos 2021 pula, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, mendedahkan terdapat anggota polis di Johor yang terlibat dengan dadah dan menurut beliau statistik tahun 2020 menunjukkan seramai 56 anggota polis didakwa di Mahkamah termasuk melibatkan kes pengedaran dadah.

“Bagi tahun 2021 pula dilaporkan bahawa seramai 27 anggota polis telah didakwa setakat ini dan angka ini amat membimbangkan bagi sebuah pasukan keselamatan, apatah lagi badan yang berkuasa membasmi jenayah dadah.

“Pendedahan dua isu besar oleh pegawai tinggi polis ini sudah sepatutnya ditangani secara serius oleh kerajaan baru kini kerana pendedahan tersebut telah mencemarkan imej PDRM yang berpegang pada prinsip integriti,” tegas beliau.

Kata Faiz lagi, imej PDRM perlu dipulih dan ditambah baik supaya janji PM kesembilan bahawa ia akan melaksanakan reformasi institusi bukan hanya sekadar umpan politik.

Maka itu tambahnya, PM perlu segera menubuhkan RCI bagi mengenal pasti segala isu dan kepincangan yang berlaku dalam PDRM supaya keyakinan rakyat terhadap integriti polis dapat dipulihkan kembali.

Disamping itu kata beliau, penubuhan RCI mampu untuk memulih dan menambaikkan PDRM dalam segala aspek termasuk kepincangan yang wujud dalam institusi tersebut.

Tiada ulasan: