"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Antara kereta api terpantas dunia di beberapa negara

Agensi
SHANGHAI Maglev. FOTO Arkib AFP
SHANGHAI Maglev. FOTO Arkib AFP
Semakin banyak negara memperkenalkan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi. Teknologi ini pernah dipelopori oleh Jepun dan Perancis namun China kini tampil sebagai peneraju dalam mod pengangkutan ini.

Berikut adalah senarai kereta api terpantas di dunia, seperti dilaporkan oleh CNN Travel:

Shanghai Maglev (China)

• Kelajuan: 460 kilometer sejam (km/j)

• Laluan: Lapangan Terbang Pudong Shanghai dengan stesen Longyang Road di pusat bandar Shanghai.

Satu-satunya pengangkutan di dunia yang membawa penumpang menggunakan teknologi levitasi magnetik (Maglev) berbanding roda keluli konvensional. Perjalanan 30 km hanya ambil masa tujuh setengah minit.

CR400 'Fuxing' (China)

• Kelajuan: 350 km/j

• Laluan: Laluan utama Beijing-Shanghai-Hong Kong, dan Beijing-Harbin

Kereta api CR400 'Fuxing' bergerak kelajuan maksimum komersil 350 km/j walaupun ia berjaya mencapai kelajuan 420 km/j ketika sesi ujian.
CR400 ‘Fuxing’. FOTO Arkib AFP
CR400 ‘Fuxing’. FOTO Arkib AFP
ICE3 – Jerman

• Kelajuan: 330 km/j

• Laluan: Cologne - Frankfurt

Tempoh perjalanan sejauh 180 km antara dua bandar ini dipendekkan daripada dua jam dan 30 minit kepada hanya 62 minit, sejak 2002.

TGV – 320 km/j (Perancis)

• Kelajuan: 320 km/j

• Laluan: Paris ke Lyon, Marseille, Bordeaux, Nantes, Strasbourg, Lille, Brussels dan London

Perancis adalah pemegang rekod dunia bagi tempoh paling lama untuk kereta api konvensional paling laju yang mencapai kelajuan 574.8 km/j pada 3 April 2007.

JR East E5 (Jepun)

• Kelajuan: 320 km/j

• Laluan: Tohoku Shinkansen (utara Tokyo sehingga Shin-Aomori)

Walaupun kebanyakan Shinkansen kini beroperasi pada kelajuan maksimum 300 km/j, 'kereta api peluru' E5 ini mencecah kelajuan 320 km/j untuk Tohoku Shinkansen, iaitu laluan utara Tokyo ke Shin-Aomori.

Al Boraq (Maghribi)

• Kelajuan: 320 km/j

• Laluan: Tangier - Casablanca

Dinamakan 'Al-Boraq' sempena makhluk yang membawa Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Israk Mikraj, ia fasa pertama rangkaian kereta api berkelajuan tinggi sejauh 1,500 km yang dirancang di negara itu.

AVE S-103 (Sepanyol)

• Kelajuan: 310 km/j (Sepanyol)

• Laluan: Madrid- Seville, Malaga, Valencia, Galicia dan Barcelona.

Ia biasanya beroperasi pada kelajuan maksimum komersial 310 km/j. Kebanggaan armada itu ialah kereta api S-102 Talgo dan S-103 'Velaro', yang keduanya lebih berkuasa daripada ICE3 milik Jerman.

KTX (Korea Selatan)

• Kelajuan: 305 km/j (Korea Selatan)

• Laluan: Antaranya, Seoul, Gwangju, Mokpo, Yeosu di selatan dan Gangneung di timur laut.

Korea Selatan adalah satu daripada empat negara di dunia yang membangunkan kereta api yang mampu bergerak pada kelajuan lebih 420 km/j, bersama-sama dengan Perancis, Jepun dan China.

Trenitalia ETR1000 (Itali)

• Kelajuan: 300 km/ j

• Laluan: Turin, Milan, Venice, Bologna, Florence, Rom dan Naples.

Walaupun dibenarkan untuk kelajuan maksimum 360 km/j dalam perkhidmatan penumpang, salah satu kereta apinya mencapai kelajuan 394 km/j ketika ujian pada 2016.

Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain (Arab Saudi)

• Kelajuan: 300 km/ j

• Laluan: Makkah - Madinah

Ia menggunakan 35 kereta api Talgo binaan Sepanyol yang diubah suai khas untuk operasi di padang pasir. Perjalanan sejauh 450 km hanya mengambil masa dua jam.
KERETA Api Berkelajuan Tinggi Haramain. FOTO Arkib AFP
KERETA Api Berkelajuan Tinggi Haramain
-hmetro 

Tiada ulasan: