"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes culik: Siasatan kes ketua polis balai, anggota larikan lelaki dirujuk ke Bukit Aman

Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan membabitkan seorang Ketua Polis Balai dan empat anggotanya melarikan seorang lelaki di Desa Petaling pada 24 September lalu akan dirujuk ke Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, tindakan itu disebabkan kes berkenaan membabitkan pegawai dan anggota polis.

"Kita masih menyiasat motif sebenar, kes ini melibatkan pegawai dan anggota polis, kertas siasatan akan dirujuk ke Bukit Aman sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Kita masih lagi mengesan beberapa saksi untuk dirakam percakapan dalam melengkapkan siasatan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, pada Ahad.

Zam Halim berkata, pihaknya akan meneliti semua laporan mangsa berkaitan dia dilarikan sebelum dibawa ke Balai Polis Salak Selatan Baru, di sini.

"Kita akan meneliti dan menyemak semula dakwaan mangsa yang menyatakan dia dilarikan dan dipukul di dalam balai polis.
"Pada masa ini saya tidak dapat memberikan butiran lanjut sehinggalah siasatan selesai dijalankan," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki berusia 26 tahun dari sebuah kedai makan di Desa Petaling, di sini, pada Selasa lalu. - Sinar Harian

Tiada ulasan: