"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berita Baik? : Kenderaan EV boleh dimiliki semua menerusi subsidi bersasar, bantuan kewangan

HarapanDaily.com

Kerajaan akan memastikan kenderaan elektrik (EV) boleh dimiliki oleh semua kumpulan masyarakat menerusi pemberian subsidi bersasar dan bantuan kewangan kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz.

Beliau berkata kerajaan sedang meningkatkan usaha mempertingkatkan infrastruktur untuk mengecas EV.

Dalam kita melihat ke hadapan dan Belanjawan 2024. fokus kita ialah keterangkuman dan ia selari dengan Rangkakerja Ekonomi Madani,” kata beliau di majlis pelancaran Tesla Centre di Putrajaya.

Beliau berkata pelaksanaan dasar telah memberi kesan positif kepada industri automotif dan ini mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk membangunkan ekosistem EV yang menyeluruh.

Bilangan kenderaan EV berdaftar telah meningkat 3,400 unit di dalam tahun 2022 dan melebihi 7,500 dalam bulan September berbanding purata 300 unit dalam tahun-tahun sebelumnya.

“Tambahan pulapelaburan di dalam industri EV telah mencapai RM26.2 bilion sejak 2018 hingga Mac tahun ini,” katanya.

Beliau berkata dasar EV perlu selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) 2030.

“Ini penting kerana tiada gunanya mempunyai ribuan EV di jalan raya sekiranya Malaysia tidak membina gridnya dengan pantas dengan membangunkan sumber RE.

NETR akan turut mempercepatkan pelaburan di dalam grid infrastruktur dan menjadi insentif kepada pembangunan RE.

Beliau turut menambah kehadiran Tesla di Malaysia akan melajukan ekosistem EV dan meningkatkan potensi negara sebagai pusat penghasilan EV serantau dan meningkatkan pelaburan dalam sektor tersebut.

Tiada ulasan: