"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli perniagaan saman isteri sendiri

KOSMO!
Gambar fail menunjukkan Ehsan berkahwin dengan isterinya selepas bertunang pada 2009. - Gambar India Today
NEW DELHI –  Selepas 14 tahun berkahwin, seorang ahli perniagaan di Kolkata baru mendapat tahu bahawa isterinya ialah rakyat Bangladesh, menyebabkan dia mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita berkenaan dengan alasan dipergunakan untuk mendapatkan kewarganegaraan India, lapor akhbar India Today.

Akhbar itu melaporkan Khamis lalu bahawa Tabish Ehsan, 37, dari  bandar Asansol bertunang dengan Nazia Ambreen Quraishi pada 2009. Ketika itu, Nazia memberitahu bahawa dia merupakan penduduk negeri Uttar Pradesh. 

Tabish berkata: “Saya bertemu Nazia pada majlis perkahwinan buat kali pertama dan kami berkahwin selepas saudara mara kami bersetuju. Ia adalah perkahwinan yang diatur. Sebelum berkahwin, dia berkata  dilahirkan dan dibesarkan di Uttar Pradesh,” 

Titik perubahan dalam perkahwinan mereka bermula dengan kelahiran anak kedua mereka. Ehsan mendakwa bahawa isterinya secara tiba-tiba berpindah ke rumah ibu sendiri sebelum melahirkan anaknya dan menamatkan semua komunikasi dengannya.

Mertuanya kemudian memberitahunya bahawa Nazia tidak akan kembali kepadanya dan lelaki tersebut mendakwa menerima ugutan daripada ahli keluarga isterinya.

Kemudian, kes menganggu wanita di bawah Seksyen 498A difailkan terhadap Ehsan oleh keluarga Nazia tetapi dia dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah Alipore di Kolkata.

Pada masa itulah lelaki berkenaan mengetahui kewarganegaraan sebenar isterinya apabila dia mendapat tahu daripada salah seorang saudaranya bahawa Nazia sebenarnya ialah warga Bangladesh.

Dia kemudian memfailkan saman terhadap Nazia dan ahli keluarganya di balai polis Tiljala di Kolkata menggunakan Akta Warga Asing dan Akta Pasport – AGENSI

Tiada ulasan: