"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS letak Dr M jadi calon di Kemaman?

FMT Reporters

PETALING JAYA: PAS berkemungkinan meletakkan Dr Mahathir Mohamad sebagai calonnya pada PRK Kemaman, kata sumber rapat bekas perdana menteri itu.

Mahathir baru-baru ini dilantik sebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri pimpinan PAS, dan sumber itu memberitahu FMT bahawa kehadirannya di Dewan Rakyat akan membolehkan ahli politik veteran itu “membangkitkan isu negeri dengan lebih baik”.

Sumber itu berkata jika bekas Ahli Parlimen Langkawi itu kembali ke Dewan Rakyat, ia akan memberinya peluang untuk berkhidmat sebagai “semak dan imbang yang lebih berkesan terhadap kerajaan perpaduan”, yang telah menjadi pengkritik hebatnya sejak ia mengambil alih Putrajaya November lalu.

“Rundingan telah dimulakan dengan pemimpin PAS mengenai pencalonannya,” kata sumber itu.

“Mahathir mempunyai pengaruh besar dalam kalangan pengundi Melayu dan pemimpin akar umbi. Jika menang, dia akan menjadi Ahli Parlimen tertua yang akan dipilih. (Mahathir berusia 98.)

“Paling penting mereka mahu meletakkan Dr M di Parlimen bagi mewakili kepentingan empat kerajaan negeri. Tidak ada gunanya bercakap di luar dewan.”

Sumber itu juga berkata PAS akan menang kerana Kemaman adalah kubu kuat PAS.

Che Alias Hamid dari PAS memenangi kerusi itu dengan majoriti 27,179 undi dalam pertembungan empat penjuru pada PRU15.

Bagaimanapun, mahkamah pilihan raya Kuala Terengganu membatalkan kemenangan itu bulan lepas selepas mendapati pembayaran bantuan i-Belia dan i-Siswa kepada pengundi semasa tempoh berkempen adalah rasuah.

Semalam, PAS berkata ia tidak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu, membuka jalan untuk satu lagi PRK parlimen di negeri itu selepas PRK Kuala Terengganu diadakan pada 12 Ogos.

Tiada ulasan: