"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liwat OKU seorang lelaki berusia 40an diberkas

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki beberapa kali meliwat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di kediamannya di Bangsar.

Suspek berusia 40-an ditahan susulan laporan dibuat mangsa berusia 33 tahun di Balai Polis Travers, Ahad lalu.

Harian Metro yang memetik sumber melaporkan, kejadian terbaharu berlaku bulan lalu apabila mangsa dihubungi suspek yang memintanya ke rumah lelaki itu di sebuah pangsapuri di Bangsar.

“Sebaik tiba di rumah lelaki itu, mangsa diliwat tanpa kerelaannya.

“Difahamkan mangsa yang juga OKU sudah diperlakukan sedemikian rupa beberapa kali sebelum ini,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang ketakutan dan trauma akhirnya memberanikan diri membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid, berkata suspek sudah ditahan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: