"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pas nafi keluar arahan tidak pertanding jawatan tertinggi

Sinar Harian

SHAH ALAM: Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa Pas mengeluarkan arahan untuk tidak mempertandingkan lima jawatan tertinggi parti.
Tuan Ibrahim berkata, Pas tidak pernah menghalang calon dari mana-mana kawasan untuk memegang jawatan di dalam parti.

“Bahkan, saya sewaktu merasmikan Mesyuarat Agong di beberapa kawasan memohon agar mereka (ahli parti) mencalonkan individu lain untuk jawatan sebagai Timbalan Presiden.

“Jawatan adalah suatu amanah yang perlu dipikul seandainya dipilih. Berkat kerjasama jemaah, insya-Allah jemaah ini akan terus diberkati Allah,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Ahad.
Pada 29 September lalu, Sinar Harian melaporkan, tiada pertandingan bagi lima jawatan tertinggi Pas pada Muktamar Tahunan ke-69 parti itu yang dijadual berlangsung bulan depan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, lima jawatan itu ialah presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden. - Sinar Harian

Tiada ulasan: