"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Yasin diperintah bela diri

Faiz Zainudin
Yasin Sulaiman ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.
PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan berkaitan dadah.

Hakim Faiz Dziyauddin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga pertuduhan dihadapinya.

Penyanyi lagu Mimpi Laila itu didakwa memberikan dirinya dadah jenis “11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid” di Pejabat Narkotik IPD Petaling Jaya pada 11.05 malam, 24 Mac tahun lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7g dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara, pada 5.30 petang, tarikh sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 6 ADB dan boleh dihukum bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan, serta Seksyen 6B(1)(a) ADB dan boleh dihukum bawah Seksyen 6B(3) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 15 Sept lalu, pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin menutup kesnya selepas memanggil tujuh saksi semasa perbicaraan yang bermula 28 Ogos.

Yasin diwakili peguam Ariff Azami Hussein.

Tiada ulasan: