"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bos kepada 'raja dadah India' didakwa warga Malaysia

Malaysiakini

Media India mendakwa bos kepada ‘raja dadah India’ merupakan seorang pengedar filem warga Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan selebriti industri filem Tamil dan sedang berada di negara ini.

Ini selepas penerbit filem Tamil, Jaffer Sadiq, yang didakwa mempunyai kaitan dengan penyeludupan dadah antarabangsa bernilai RM1.13 bilion ditahan oleh Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) India pada Sabtu.

Dakwaan itu dibuat oleh A Shankar, yang merupakan wartawan kanan dan pemilik media Savukku dalam satu wawancara di Youtube..

"Dalam kenyataan media NCB kaitkan penyeludupan ini dengan Malaysia, New Zealand dan Australia. Kerana mereka (NCB) kata Malaysia, saya beri satu petunjuk.

"Bos kepada Jaffer berada di Malaysia. Dia seorang yang sangat pengaruh dalam industri filem India.

"Dia yang mengawal Jaffer. Warga Malaysia ini mempunyai hubungan rapat dengan banyak selebriti industri filem Tamil. Jika dia ditahan saya pasti, banyak pemain dari industri filem Tamil akan terlibat," katanya dalam wawancara itu yang mencecah lebih 440,000 tontonan.

Bagaimanapun, Shankar yang terkenal dengan kewartawanan penyiasatan tidak mendedahkan nama individu tersebut.

Dalam kenyataan media semalam, NCB berkata Jaffer dipercayai mengendalikan sindiket dadah yang menghantar 45 konsainan sejak tiga tahun lalu ke pelbagai negara, mengandungi kira-kira 3,500 kg pseudoephedrine.

NCB seterusnya mendakwa bahawa Jaffer telah mendedahkan dia telah memperoleh sejumlah besar wang daripada operasi pengedaran dadah haramnya dan melabur dalam perniagaan yang sah dalam industri seperti filem, pembinaan dan hospitaliti,

NCB bekerjasama dengan pihak berkuasa di New Zealand dan Australia selepas maklumat diterima daripada Kastam New Zealand dan polis Australia bahawa sejumlah besar pseudoephedrine sedang dihantar ke kedua-dua negara.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mendapatkan komen.

Tiada ulasan: