"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apa respon KPN dakwaan pengedar filem tempatan didakwa jadi bos ‘raja dadah India’

Pengedar filem tempatan didakwa jadi bos ‘raja dadah India’, KPN buka mulut
SITI NUR ZAWANI

Seorang pengedar filem warga Malaysia didakwa mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa yang berpangkalan di India.

Ia didedahkan media India yang mendakwa bos kepada ‘raja dadah India’ merupakan seorang pengedar filem warga Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan selebriti industri filem Tamil.

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa India mengenai dakwaan tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini tiada sebarang maklumat diterima PDRM berhubung perkara itu.

Malah katanya, hasil semakan pangkalan data Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman juga mendapati, penama yang ditahan oleh Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) India pada Sabtu lalu tidak berada dalam mana-mana maklumat pengedaran dadah di dalam negara.

“Bagaimanapun, JSJN sedang mendapatkan maklumat daripada pihak Pegawai Perhubungan Keselamatan (SLO) India berkait dakwaan terbabit.

“Buat masa ini, JSJN tiada sebarang hubungan bilateral dengan Biro Kawalan Narkotik (Narcotics Control Bureau) India dan sebarang komunikasi dijalankan melalui Polis Antarabangsa (Interpol) dan Agensi Penguatkuasaan Dadah (DEA) Amerika Syarikat,” katanya hari ini.

Razarudin berkata, PDRM khususnya JSJN amat menitikberatkan kerjasama antarabangsa dalam membanteras aktiviti pengedaran dadah.

Beliau berkata, komitmen itu dapat dilihat melalui penglibatan Malaysia dengan agensi antarabangsa seperti Pejabat Jenayah dan Dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC), DEA dan Australian Federal Police (AFP).

Pendedahan dibuat media di India selepas penerbit filem Tamil, Jaffer Sadiq, yang didakwa mempunyai kaitan dengan penyeludupan dadah antarabangsa bernilai RM1.13 bilion ditahan oleh Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) India, Sabtu lalu.

Dakwaan itu dibuat oleh A Shankar, yang merupakan wartawan kanan dan pemilik media Savukku dalam satu wawancara di YouTube.

Portal itu melaporkan, ‘bos’ kepada Jaffer berada di Malaysia.

Tiada ulasan: