"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki hilang 4 hari rupanya maut kereta terjunam cerun

Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my
KEADAAN kereta mangsa yang dipandunya terjunam ke dalam cerun setinggi 45 meter di kawasan bukit Jalan Paya Terubong ke Relau. FOTO MIKAIL ONG
KEADAAN kereta mangsa yang dipandunya terjunam ke dalam cerun setinggi 45 meter di kawasan bukit Jalan Paya Terubong ke Relau. FOTO MIKAIL ONG
Georgetown: Seorang lelaki yang hilang sejak empat hari lalu ditemukan maut selepas kereta yang dipandunya terjunam ke dalam cerun setinggi 45 meter di kawasan bukit Jalan Paya Terubong ke Relau.

Mayat mangsa berusia 29 tahun itu ditemukan pada jarak empat meter dari kenderaannya, di sini, hari ini.

Pegawai Operasi Zon Daerah Timur Laut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Muzzamer Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1 petang.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dan BBP Paya Terubong ke lokasi sejurus terima panggilan.

"Kemalangan membabitkan kereta yang terjunam kira-kira 45 meter daripada tebing.

"Mangsa didapati sudah meninggal dunia dan berdasarkan keadaan, kita dapati kemalangan dipercayai sudah beberapa hari berlaku," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Muzzamer berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut.

"Terdapat banyak kecederaan pada badan mangsa dan dia mungkin terpelanting atau keluar sendiri daripada kenderaannya selepas kereta itu terjunam ke cerun.

"Mayat mangsa ditemukan oleh orang awam sebelum mereka menghubungi talian kecemasan," katanya.

Sementara itu keluarga mangsa yang dikenali sebagai Chew berkata, mangsa memandu kereta jenis Proton Persona milik kekasihnya untuk keluar minum bersama rakan sebelum dilaporkan hilang pada 9 Mac lalu.

"Dia ada hubungi kami kali terakhir pada jam 1 pagi ( 9 Mac) dan memaklumkan dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Alor Vista, Relau dekat sini.

"Bagaimanapun, dia gagal dijejaki atau dihubungi sebelum kami mendapat panggilan daripada pihak polis yang memaklumkan penemuan mayatnya tengah hari tadi," katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.

Tiada ulasan: