Malaysiakini
Edmund Teoh Kheng Yaik, bekas pegawai naib pengerusi DAP Teresa Kok, menarik diri daripada pemilihan dan meletakkan semua jawatan dalam parti.
Pengumuman mengejutkan itu dibuat di tengah-tengah dakwaan kontroversi skandal projek pembelian papan pintar sekolah yang timbul semula menjelang pemilihan DAP, Ahad ini.
“Ini bukan pengakhiran perjalanan politik saya, tetapi pemberhentian sebentar yang diperlukan.
“Setelah nama dibersihkan, saya akan kembali—lebih kuat, lebih bijaksana, dan lebih bersungguh-sungguh untuk meneruskan perjuangan demi keadilan, integriti, dan rakyat,” katanya.
Terdahulu dilaporkan terdapat gerakan untuk menjatuhkan Kok yang didakwa memperguna SPRM untuk mempengaruhi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.
Dia mengakui ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya memecat pegawainya dan itu mungkin mempengaruhi peluangnya dalam pemilihan.
Kok berkata pada Oktober lalu, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Wilayah Persekutuan bawah Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa peruntukan kawasannya digunakan bagi menyalurkan RM99,000 kepada setiap 16 sekolah untuk pembelian papan pintar dan TV pintar.
Namun, kata Kok, dia tidak pernah meluluskan peruntukan dalam skala sebegitu dan siasatan lanjut mendapati syarikat yang mengeluarkan invois tersebut tidak adalah entiti palsu.
Pengarah Kanan Siasatan SPRM Zainul Darus pula pada 7 Mac berkata dua lelaki ditahan kerana makan rasuah kira-kira RM500,000 sebagai balasan untuk meluluskan dana projek RM1.5 juta bagi pembekalan papan pintar interaktif.
SPRM tidak mendedahkan identiti mereka dan anggota parlimen itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan