"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

14 MP UMNO dikatakan bakal melompat

‘Mana ada wakil rakyat Umno paling tadah’, kata Jalaluddin

FMT Reporters

PETALING JAYA: Sebarang provokasi dan penyebaran mengenai Ahli Parlimen Umno berpaling tadah tidak benar sama sekali, kata Ahli Parlimen Jelebu Jalaluddin Alias

Justeru, beliau menepis dakwaan konon 14 wakil rakyat Umno menarik sokongan terhadap kerajaan Madani seperti tersebar di media sosial.

Katanya, semua wakil rakyat Umno terikat perjanjian dan akujanji dengan bon RM100 juta.

“Tak betul dan tak benar, saya pun tidak dengar apa-apa mengenai dakwaan itu.

“Perlembagaan Umno sudah dipinda pada 13 Jan 2023 bagi menghalang Ahli Parlimen parti bertindak membelakangi apa juga keputusan termasuk menyertai pakatan politik untuk menyokong seseorang sebagai perdana menteri.

“Ini termasuklah menandatangani perjanjian untuk membentuk pakatan dengan parti lawan sekali gus bertentangan pendirian parti,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan bantuan fokus kesejahteraan rakyat Parlimen Jelebu di Kompleks Umno Jelebu, semalam.

Ketua Umno Negeri Sembilan berkata, sejak dahulu ‘penghijrahan’ 14 Ahli Parlimen sering dibangkitkan sehingga hari ini tanpa jemu oleh pihak tertentu.

Tiada ulasan: