"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apa punya bengong, dah tahu program Repatriasi tu gagal nak lanjutkan pula

Lanjutkan Repatriasi: PATI boleh balik negara asal dengan bayar kompaun

Noorazura Abdul Rahman

KULIM: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam proses untuk melanjutkan Program Repatriasi Migran yang dijadualkan tamat pada 31 Mac ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasuition Ismail berkata menerusi program itu ia memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk pulang ke negara asal dengan hanya membayar kompaun.

PATI terbabit tidak akan dikenakan tindakan berat termasuk pendakwaan dan penahanan di depoh Imigresen.

"Tahun lalu, kerajaan mengutip RM120 juta melalui program ini. Ini kerana mereka yang menyertai program perlu membayar kompaun atas kesalahan Imigresen seperti masuk tanpa dokumen, salah guna pas, atau tinggal lebih masa.

"Jika warga asing yang melanggar undang-undang ditahan dalam operasi Imigresen, mereka akan berdepan siasatan dan pendakwaan di mahkamah.

"Namun, melalui program repatriasi ini, mereka boleh menyerah diri, membayar kompaun, dan pulang tanpa dikenakan tindakan lanjut," katanya.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program ini, KDN sedang berbincang dengan Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan persetujuan supaya kesalahan berkaitan imigresen boleh diselesaikan melalui pembayaran kompaun dan bukan pendakwaan di mahkamah.

Katanya, langkah ini diambil sebagai alternatif lebih manusiawi, terutama bagi membolehkan migran pulang sebelum Aidilfitri.

"Sekarang kita dalam proses mendapatkan pengecualian daripada Jabatan Peguam Negara supaya kes-kes ini tidak berakhir dengan pendakwaan.

"Selepas selesai, kita akan umumkan keputusan mengenai lanjutan program ini, katanya.

Tiada ulasan: