"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Lagi lubang benam di KM78 Jalan Gua Musang-Lojing, laluan ditutup sepenuhnya

Paya Linda Yahya
Lubang benam terbaru diKM 78 Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke. - Foto ihsan JKR
Lubang benam terbaru diKM 78 Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke. - Foto ihsan JKR
GUA MUSANG: Satu lagi lubang benam, iaitu yang ketiga sejak November tahun lalu, dilaporkan berlaku di Kilometer (KM) 78 Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata kejadian terbaru itu dikesan kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Justeru, beliau berkata, orang ramai yang ingin ke Cameron Highlands atau Ipoh, Perak, diarah menggunakan laluan alternatif Gua Musang-Sungai Koyan-Ringlet-Tapah-Ipoh-Cameron Highlands.

"Berdasarkan laporan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), lubang benam itu berlaku di laluan dari arah Gua Musang ke Cameron Highlands pada jarak tujuh meter dari lubang benam kedua.

"Lubang benam kali ini berukuran sedalam lima meter. Laluan terbabit ditutup kepada semua kenderaan atas nasihat pihak JKR kerana sangat berbahaya kepada pengguna jalan raya," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Pada 23 November tahun lalu, lubang benam sedalam enam meter dilaporkan berlaku di KM78 Jalan Gua Musang-Lojing menyebabkan laluan dari arah Lojing terpaksa ditutup satu lorong.

Seterusnya pada 12 Disember tahun lalu, lubang benam kedua dengan kedalaman sembilan meter berlaku di lokasi sama pada jarak lima meter dari lubang benam pertama.

Tiada ulasan: