Jangan curi wang rakyat simpan di rumah, PM tegur siapa?
Harapandaily
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli politik yang bergelar pemimpin supaya tidak mencuri wang rakyat demi mengkayakan diri sendiri.
Beliau menyebut bahawa menjadi Perdana Menteri, tidak boleh sama sekali berfikir tentang jadi kaya atau “curi duit simpan di rumah”
“Saya tidak ambil gaji sebab apa? Saya nak tunjukkan bahawa bukan semua menteri cari duit. Gaji itu hak dan kalau orang ambil gaji itu haknya.
“Tetapi jangan curi simpan di rumah-rumah lain. Jadi Perdana Menteri, jadi Menteri Kewangan kerjanya nak kayakan diri. Tak boleh,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani di Perak semalam.
Pada masa sama, Anwar berkata dakwaan beliau berdendam adalah tidak benar kerana beliau sudah pun menjadi Perdana Menteri dan kini mempunyai tanggungjawab yang besar.
“Ada orang kata ini pasal dendam dan marah. Dendam apa? Saya sudah jadi Perdana Menteri, nak bergaduh apa lagi. Tanggungjawab saya nak jaga duit rakyat ini, balik kepada rakyat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan