"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perbuatan melampau tuduh Rasulullah amal 'amal kronisme'

Nabi 'amal kronisme': Jakim akan panggil penerbit

Malaysiakini 

Gara-gara memuat naik hantaran berbentuk provokasi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil seorang pemilik akaun Facebook yang mengaitkan Nabi Muhammad SAW dengan amalan kronisme dan nepotisme.

Dalam pemakluman hari ini, Jakim berkata pihaknya memandang serius dakwaan yang dibuat individu berkenaan.

"Jakim mengambil perhatian serius terhadap hantaran status berkaitan isu kronisme dan nepotisme dan akan memanggil pihak berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut," tulis Jakim di Facebook agensi itu.

Terdahulu seorang penulis dan penerbit memuat naik hantaran mengundang kontroversi mengenai "negara Islam".

Dia membandingkan amalan demokrasi Barat yang dianggap tidak amalkan mengnepotisme dan kronisme.

"Sebagai ketua negara Islam Madinah Nabi amalkan nepotisme dan kronisme. Contoh, Abu Bakar adalah mertua, Umar adalah mertua, Uthman adalah menantu, Ali adalah menantu dan sepupu.

"Dalam zaman ini,patutkah kronisme dan nepotisme diamalkan juga," tulisnya.

Hantaran itu kemudian mendapat pelbagai reaksi termasuk yang mengkritik dan menasihatkan individu terbabit supaya berhati-hati apabila mengaitkan sesuatu dengan nabi.

Tiada ulasan: