Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my
Alor Gajah: Mayat seorang lelaki dan wanita ditemukan di dalam kereta di Taman Inang Sari, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan penemuan dua mayat terbabit.
Beliau berkata, setakat ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sehingga siasatan penuh selesai.
"Maklumat lanjut termasuk identiti mangsa dan punca kematian masih dalam siasatan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan