"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahkamah tak junjung demokrasi ulas Prof Dr Abdul Aziz Bari

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan gagal mendaulatkan intipati perlembagaan yang cuba melaksanakan demokrasi di dalam pembentukan sesebuah kerajaan.
[aziz+bari.bmp]
Demikian komen awal dari Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika ditanya mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya Selasa lalu."Bagaimanapun ia tidaklah terlalu memeranjatkan kerana sebelum ini kita telah melihat keputusan yang sama di Mahkamah Rayuan. Begitu juga dengan keputusan berhubung dengan kuasa Speaker Dun Perak.

Semuanya menyalahi perlembagaan; baik peruntukan maupun semangatnya. Ada peruntukan yang diberi makna yang ganjil meskipun mahkamah sendiri telah membuat keputusan yang selaras dengannya sebelum itu," ujarnya.

Aziz mengulangi pendapatnya bahawa apa yang diputuskan Selasa lalu itu mempunyai kesan yang serius ke atas sistem perlembagaan negara termasuk di peringkat pusat.

"Apa yang berbeza hanyalah nombor peruntukan sedangkan perkataan dan prinsipnya sama," jelasnya. Dengan keputusan itu Perdana Menteri boleh dijatuhkan melalui konspirasi yang sama di peringkat Persekutuan, katanya.

"Sebab itu sebaik-baiknya hendaklah diadakan undi tidak percaya di dalam dewan. Cara lain memang boleh tetapi jika kerajaan yang ada tidak menentang - malah mahukan undi tidak percaya itu - mengapa cara yang lain itu perlu dilakukan?" soal beliau.

Dalam penghakimannya Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa undi tidak percaya bukan satu-satunya cara untuk menjatuhkan Menteri Besar dan Sultan boleh meminta Menteri Besar meletak jawatan.

Cara tersebut, tambah Aziz, berbahaya kerana ia boleh dimanipulasikan dan ianya tidak telus. Tambahnya, cara itu juga boleh menyebabkan 'istana terseret ke dalam kancah politik dan ini akan mengkompromikan kedudukan neutralnya sebagai bapa negeri'.

Ditanya mengenai pembubaran Dun, Aziz berkata ia bukanlah hak mutlak meskipun perlembagaan menyebutnya sebagai kuasa budibicara.

"Kuasa itu sepatutnya digunakan dengan baik; termasuk memberi peluang kepada rakyat yang jelas mahu membuat keputusan dalam kemelut di Perak. Saya mendapat kesan bahawa mahkamah seolah-olah tidak mengambil maklum akan senario yang ada di Perak. Agak jelas mereka tidak mengambil kira konteks sebenar krisis itu," ujarnya.

Krisis politik pada hujung Januari 2009 itu bermula apabila Barisan Nasional mengatur lompatan dan penyeberangan yang melibatkan tiga Adun Pakatan Rakyat yang tiba-tiba 'hilang' dan tidak dapat dikesan.

Mereka kemudiannya muncul dan mengisytiharkan sokongan kepada BN. Dua daripada tiga Adun itu sebelum itu ditangkap kerana didakwa melakukan rasuah.

Pada 9 Februari lalu, panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pakatan Rakyat setelah berpuas hati Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.

Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Dato' Zulkefli Ahmad Makinuddin, Dato' Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.

-detikdaily.net-

Masih Ingat Boikot Roti High5 beberapa tahun lalu? Sekarang ini buktinya

ABUTir
Assalamualaikum...

Apa yang anda lihat ini bukan fantasi tapi realiti. seringkali kita mendegar keraguan tahap kebersihan roti high 5 (bukan ke silverbird tu??). kini, satu lagi bukti mampu meyakinkan kita betapa pengeluar roti ini tidak peka dengan aspek kebersihan.

Malah tuan punya kilang ini tidak pernah minta maaf atas apa yang dibuat beberapa tahun lalu malah dengan angkuh menafikannya.


terjadi di Stsesen Petronas Bandar Muadzam Shah, Pahang. seorang pelanggan telah membeli mini muffin jenama high 5 pada 24 April 2008 . beliau terkejut apabila menjumpai seekor cicak yang hampir hangus di atas muffin coklat tersebut. bayangkan jika tak perasan terus ke mulut. ianya terjadi kepada seorang pakcik. apalah yang dia tahu untuk buat aduan. sekadar memulangkan kepada pihak kami.

oleh yang demikian, pihak kami berasa terpanggil untuk berkongsi cerita ini kepada semua. keburukan perlu didedahkan agar tiada lagi menjadi mangsa.







Dendam budak-budak, `Tulang Lusuh' yang terkatup

nanbinjai
Sekali sekala saya ada ikuti tulisan Tulang Besi terutama dakwaannya tetapi apabila beliau buat aduan dan tersebar kepada media maka saya meniliti laporan tersebut sama ada berasas atau tidak. Rupanya aduan tersebut tidak seteruk mana sebagaimana yang beliau canangkan dalam blog seolah-olah semua sudah musnah.

Kalau tengok empat aduan Tulang Besi sangat jelas setara mana minda beliau. Tidak ada apa yang hebat pun cuma hanya terbit daripada hati dendam kesumat. Kalau Zambry dia akan kata hanya taraf budak-budak. Pasal Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir suka perlekeh dengan berbahasa kepada orang lain `budak-budak'.

Malah aduan tersebut lebih menyerlahkan lagi kegelapan hati beliau. Berfikiran katup (tidak terbuka) dalam dunia yang meraikan pendapat. Jadi Tulang Besi layak dipanggil `Tulang Lusuh'.

Contoh dalam isu kalimah Allah. Dalam hal ini Lim Kit Siang sendiri menghormati pelbagai pendapat tetapi beliau berpegang dan menyetujui pendapat yang beliau rasa lebih sesuai seperti beliau suka kepada pendapat bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Apakah salah berlainan pendapat? Kalau salah maka haramkan mazhab kerana ia lahir akibat pelbagai aliran dan pendapat. Apakah kita hanya mahu terima Syiah sahaja yang betul atau mazhab diiktiraf ahli sunnah wal jamaah. Bagaimana pula dengan mazhab dalam Kristian juga lahir akibat pelbagai pendapat.

Apa akan jadi kalau mazhab itu sahaja kata dia betul, mazhab lain salah? Jemaah itu sahaja yang betul, jemaah lain salah. Barangkali kalau Tulang Besi itu Imam Syafie maka disuruh pengikutnya jangan ikut Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Ahmad, Bukhari, Ibnu Hajar, Ibnu Taimiyah dan lain-lain.

Kalau kita tidak setuju dengan pendapat Datuk Dr Harun Din, beliau boleh bermuzakarah dengan Dr Harun Din. Jangan menyekat hak Harun Din menyuarakan pendapat. Lagipun Harun Din sendiri kata itu pendapat beliau sebagai orang Islam bukan atas kapasiti belau sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS. Laporan penuh di
http://nanbinjai.blogspot.com/ pada artikal bertajuk Dendam budak-budak, `Tulang Lusuh' yang terkatup."