"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Merlimau Mau PAS : Kuliah Subuh Tuan Guru Nik Aziz Di Kubu Kuat Ali Rustam

addin_77

Alhamdullillah, pada pagi tadi di Markas PAS Paya Dalam, buat julung-julung kalinya Tuan Guru Nik Aziz memberi kuliah subuh kepada jemaah di sekitar Paya Dalam terletak di Parlimen Bukit Katil, Melaka. Kuliah Subuh ini diadakan ekoran program turun padang Tuan Guru Nik Aziz ke DUN Merlimau. Jemaah yang hadir pada sesi kuliah subuh tadi ramai hingga memenuhi keseluruhan ruang di dalam markas.

Dalam kuliahnya Tuan Guru Nik Aziz menyeru supaya jemaah tidak lalai dalam mendirikan solat. Ini kerana sesiapa yang mendirikan solat dalam keadaan lalai akan masuk neraka. Lalai yang dimaksudkan ialah melewat-lewatkan dalam mendirikan solat serta tidak khusyuk.

Tuan Guru Nik Aziz juga menjelaskan, Al-Quran adalah kayu ukur iaitu panduan hidup seluruh umat manusia. Walaupun terdapat pelbagi idea dan pendapat namun Al-Quran patut perlu diutamakan. Sebelum kewafatan Rasulullah S.A.W, baginda telah berpesan bahawa umat manusia tidak akan sesat selagi mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasullullah S.A.W.

Tuan Guru Nik Aziz menekankan bahawa, segala urusan dunia termasuklah berpolitik perlulah berpandukan Al-Quran dan Sunnah untuk mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Jika tidak, Allah S.W.T menjanjikan seksaan yang pedih pada mereka yang ingkar.

Tuan Guru juga menyeru semua untuk mengumpulkan sebanyak-banyaknya  pahala sebelum bertemu dengan Allah S.W.T. Pahala hanya boleh diperolehi dari Allah S.W.T. dengan berbuat 'amal makruf, nahi mungkar'. Di akhir kuliahnya, Tuan Guru menyarankan semua yang hadir menjaga solat dengan sebaiknya supaya diterima oleh Allah S.W.T, kerana solat adalah perkara yang pertama dihisab di akhirat kelak. Jikalau solat melepasi hisab yang pertama nescaya yang lain akan menuruti.

Seperti kebiasaan gangguan dari pihak luar pasti ada di dalam program anjuran PAS.Addin dapati beberapa kenderaan yang mencurigakan mundar mundir di hadapan markas termasuklah kereta peronda Polis dari Tiang Dua. Teringat kata-kata para alim, 'golongan baik dan jahat sampai kiamat pun tidak boleh bersama'..

Lagi gambar2 di: http://addin77.blogspot.com

Tumec akan lapah bangkai paus


BEBERAPA pengunjung cuba menyentuh bangkai ikan paus yang ditemui mati terdampar di pantai Pulau Sayak, Kota Kuala Muda dekat Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI: Bangkai ikan paus spesies Bryde yang ditemui mati terdampar di kawasan pantai Pulau Sayak, Kota Kuala Muda di sini akan dilapah untuk proses penyelidikan.

Pegawai Penyelidik Unit Mamalia Marin Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec), Mohd. Lazim Mohd. Saif berkata, pihaknya akan melapah ikan itu untuk mendapatkan tulangnya bagi kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan selain menjadi bahan pameran kepada orang ramai.

"Kita akan memulakan kerja-kerja melapah bangkai ikan paus itu dalam masa terdekat.

"Tulangnya akan diambil untuk kerja-kerja penyelidikan Tumec manakala dagingnya akan ditanam," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Tumec berpejabat di Rantau Abang, Terengganu.

Menurut Mohd. Lazim, Tumec tidak dapat melakukan bedah siasat terhadap bangkai ikan paus tersebut memandangkan kulitnya yang menggelupas kerana dipercayai mati lebih seminggu lalu.

"Bangkai yang sudah lama terbiar itu menyebabkan struktur badannya sudah tidak kukuh. Oleh itu, memadai kita hanya lapah daging dan ambil tulang," ujarnya.
-kosmo-

Eksekutif Google diangkat sebagai wira kebangkitan


KAHERAH: Eksekutif pemasaran serantau syarikat enjin carian Internet terkemuka dunia Google, Wael Ghonim (gambar) menyatakan beliau sangat gembira apabila mendengar berita peletakan jawatan Presiden Mesir, Hosni Mubarak lewat malam semalam.
Aktivis siber itu diangkat sebagai ikon revolusi kerana menghasilkan satu akaun Facebook untuk seorang mangsa kekejaman polis yang akhirnya menjadi pencetus kepada kebangkitan rakyat untuk menentang pemerintahan Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 25 Januari lalu.
Beliau menulis di laman twitter miliknya: "Tahniah kepada Mesir. Selamat kembali Mesir. Penjenayah itu sudah meninggalkan istana. Hero sebenar ialah orang muda Mesir di Tahrir Square dan seluruh rakyat Mesir."
"Saya menjangkakan masa depan yang cerah. Saya percayakan rakyat Mesir yang berjumlah 80 juta orang ini," kata Ghonim. Sebaik sahaja protes bermula, beliau telah ditahan serta-merta selama 12 hari.
Lelaki berusia 30 tahun itu juga memberi kredit kepada syarikat Internet lain dalam usaha menjatuhkan Hosni. "Revolusi ini bermula di Facebook. Satu hari nanti, saya ingin bertemu dengan Mark Zuckerberg (pengasas Facebook) dan berterima kasih kepadanya," katanya. 
-Agensi-