"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apa Istimewanya Banduan 650, Dr Affia Siddiqui

solihinzubir
"Banduan 650."

Itu nama lain bagi saudari seIslam kita, Dr. Aafia Siddiqui.

Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah.

Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?:

"Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah. ( rujuk: tausyah.wordpress.com )




Siapakah Aafia?


Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika. ( Rujuk ucapan Yvonne tentang Aafia: youtube )

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri. ( rujukan :http://luv-ima.blogspot.com )

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder).

Skrg tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini.

Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.

"Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah kami umat Islam! Aamiiin."

Justice for Aafia.

sumber: Muntah Pelangi

Tiada maaf Najib, BN di Selangor

Subky Latif
SEKALI lagi Perdana Menteri Najib ke Selangor minta maaf dari rakyat – pengundi – atas kesilapan UMNO dan BN di Selangor dan berilah pelung sekali lagi kepadanya memerintah semula Selangor. Ubahlah Selangor tetapi jangan ubah Putrajaya! Itulah kira-kira seruannya.

Dia minta pengundi memberi pertimbangan itu berdasarkan rekod kerajaan BN sejak merdeka.

Apapun Najib mengaku UMNO dan BN ada melakukan kesilapan. Jika tildak masakan dia minta maaf. Bolehkah maaf itu diberi sedang dia dan UMNO sendiri tidak memaafkan Tun Abdullah Badawi kerana kegagalan BN mempertahankan Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang dalam PRU12 dan tidak dapat majoriti dua pertiga di Parlimen.

Tun Abdullah tentu ada rekod yang baik dalam perkhidmatannya di beberapa kementerian dan sebagai Perdana Menteri. Jika ada kesilapannya yang ketara dalam dua perkara yang Mahathir payah lupa ialah menghalang Dr. Mahathir untuk menjadi salah seorang perwakilan UMNO Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung UMNO.

Kedua ialah membatalkan projek jambatan bengkok.

Kerana itu Dr. Mahathir tidak dapat memaafkannya hingga Mahathir keluar UMNO. Sampai hari ini Mahathir tidak memaafkannya.

Justeru kemuncak kemarahan rakyat kepada UMNO, maka BN tidak mencapai kemenangan yang gemilang dalam PRU12. Kelemahan BN dan UMNO itu bukanlah kelemahan diri Tun Abdullah seorang tetapi ia kelemahan UMNO pada keseluruhannya yang diwarisinya dari kepimpinan Dr. Mahathir.

Mengapa Najib dan UMNO tidak memaafkannya. Tun Abdullah sudah sedia berundur dan memberi tarih, tetapi UMNO mahu disegerakan. Tiada ampun. Berundurlah dia, terhina dan dimalukan.

Bahkan dalam rekod BN di Selangor. Ia tidak memaafkan Dato Harun Idris sebagai Menteri Besar dan Ketua Pergerakan UMNO Malaysia. Dia ada rekod baik di Selangor. Sebelum dia dimahkamahkan, dia digulingkan sebagai Menteri Besar.

Tan Sri Mohamad Mohd. Taib adalah menteri dan Ketua Penerangan UMNO di bawah pimpinan Tun Abdullah. Dia jadi calon Timbalan Presiden UMNO yang dikalahkan oleh Muhyiddin Yasin. Dia adalah pemimpin UMNO Selangor. Mengapa dia tidak dibagi apa-apa oleh Najib? Ia bukti Najib dan UMNO tidak memaafkannya.

Kalau Najib dan UMNO tidak sedia memaafkan pemimpinnya, maka bagaimana rakyat Selangor dan lain-lain boleh memaafkan Najib, UMNO dan BN?

Berdasarkan rekod BN selama ini dan berdasar rekod rekod Najib sendiri, wajarkah ia dan dia dimaafkan?

Apa rekodnya? Tidak usah kita ugkit rekod Dr. Khir Toyo yang sudah dihukum mahkamah. Rekod Najib sebagai Presiden UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Selangor. Memberangsangkankah?

Rekodnya dalam kes Altantuya belum diselesaikan. Rekod pembelian kapal selam Perancis baik rekodnya di Malaysia dan di Perancis sendiri belum selesai. Berbelanja besar-besaran tentang pertunangan anaknya dan bilnya dihantar ke Jabatan Perdana Menteri belum dijelaskan.

Rekod rasuah dan dilihat rasuah sepanjang pentadbiran BN sejak merdeka di pusat dan di negeri-negeri adalah rekod yang wajar diingat oleh sekalian rakyat.

Kita belum bincang tentang Tunku digulingkan oleh Tun Razak dan Tun Hussein Onn digulingkan oleh Dr. Mahathir. Kita belum tengok kisah berbilion duit Bank Negara hilang atas kertas. MB BN Selangor ditangkap membawa berkilo-kilo duit di lapangan terbang Australia, Ketua Polis Negara pukul bekas Timbalan Perdana Menteri hingga separuh mati dalam penjara.

Bagaimana dengan rekod suami Shahrizat Jalil diberi pinjam RM250 juta untuk gembala lembu dan dibicarakan sekarang? Bagaimana dengan pembongkaran saudagar Deepak yang menerbitkan buku berjodol Black Rose yang membabitkan Najib dan isteri yang baru tersebar?

Apakah semua ini tidak termasuk dalam rekod BN yang permohonan maaf Najib itu tidak wajar diterima dan peluang tidak boleh diberi lagi kepadanya di Putrajaya dan tidak boleh diberi semula di Selangor?

Kes Sugumar: “Polis Pembunuh”, “Najib Tindas Masyarakat India"

Mohd Arif Juhani
KAJANG, 25 Jan: Kira-kira 50 individu termasuk ahli keluarga C Sugumar mengadakan protes di depan IPD Kajang, bagi mendesak anggota polis terlibat dengan kematiannya dibawa ke muka pengadilan.
Beberapa kain rentang yang ditulis “Polis Pembunuh”, “Najib Tindas Masyarakat India”, “Jangan Bodohkan Rakyat” turut dipapar sebagai respon kezaliman anggota polis.

Bagaimanapun, polis enggan membenarkan peguam dan keluarga mendiang masuk ke IPD berkenaan bagi membuat laporan berhubung kematiannya.

Sehubungan itu, peguam N Surendran berkata, satu lagi protes akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Selasa depan.

Beliau turut mengutuk kenyataan Ketua Polis Daerah (OCPD) Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab yang mendakwa Sugumar mati akibat serangan jantung.

“Ramai saksi berada di tempat kejadian nampak Sugumar dibelasah hingga mati dengan tangan bergari di belakang dan ada polis melumur muka mangsa dengan serbuk kunyit. Tapi kita kesal OCPD membela polis terbabit dan menipu rakyat kononnya mangsa mati akibat serangan jantung.

“Kita beri amaran kepada polis dan KDN, jangan cuba tutup kes ini dan mahu tindakan di ambil bawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh,” katanya.
“Tuntutan protes hari ini mendesak polis terlibat ditangkap, digantung (tugas) dan didakwa ke mahkamah,” katanya yang juga peguam keluarga mangsa.

Turut hadir Peguam Latheefa Koya, Adun Kajang, Lee Kim Sin; Penyelaras DUN Semenyih, Nor Azlan Hj. Mohammad; AJK Biro Maklumat KEADILAN, K. Gunasekaran; Ajk AMK Hulu Langat, Ananthakannan yang juga sepupu mangsa; Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvan, peguam, aktivis politik dan pemberita.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam menuntut polis mendengar desakan rakyat dan keluarga untuk membenarkan bedah siasat kedua dijalankan.

“Saya desak Ketua Polis (COP) Selangor segera tubuh badan siasatan bebas, siasat isu sebenar dan tangkap korporal dan sarjan polis terlibat.

“Kita desak bedah siasat kedua dibuat di hospital universiti atau mana-mana hospital lain kerana kita tidak yakin kredibiliti Hospital Serdang.

“Kita beri masa selama 48 jam, jika bedah siasat kedua tidak dibuat, mayat Sugumar akan dibawa ke IPD Kajang dan satu lagi protes akan diadakan!,” ujarnya.

Semalam, media melaporkan kematian Sugumar, 40 selepas dibelasah 4 enggota polis dan orang ramai dalam keadaan tangan bergari. Malah anggota polis berkenaan turut memijak tengkuk mangsa dan melumur serbuk kunyit di mukanya. Kejadian tersebut berlaku berhampiran rumahnya di Taman Seri Nanding, Hulu Langat.