"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mesti baca: 5 cara jimat minyak kereta 30%

ttp://wartashubhi.blogspot.com
Oleh kerana BN memang pada PRU 13 lalu, mereka menghadiahkan hampers menarik buat semua rakyat Malaysia samada yang mengundi atau yang tidak mengundi BN.

Ya!, kerajaan BN dengan berani mengajar rakyat Malaysia bagaimana menjadi kreatif dan memerah otak untuk meneruskan kehidupan walaupun kos minyak naik 20 sen.

Media war-warkan kesan kenaikan harga barang akibat kenaikan harga petrol hanyalah sebanyak 0.01%. Macam mana depa kira saya tak pasti tapi nampaknya cara para peniaghan kira tak sama dengan cara mesin propaganda kerajaan mengira.

Tapi tak apa! jangan risau, anda masih boleh jimatkan minyak kereta dengan mudah sebanyak 30% dengan mengamalkan teknik sempoi.

Bukan nak jual barang bro, jangan risau...nak tolong orang saja....Baca kat sini caranya!

Rogol anak tiri: Bekas penyanyi dipenjara 20 tahun dan 10 sebatan

Kajang: Seorang bekas anggota kumpulan R&B popular sekitar 2000, dipenjara 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol anak tirinya yang ketika itu di bawah umur, tahun lalu.

Hakim Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, yang berusia 38 tahun selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Gagal kawal perasaan

Tertuduh yang memakai kemeja lengan panjang dan kopiah hitam hanya menundukkan kepala dan gagal mengawal perasaan sedih sebaik mahkamah menjatuhkan hukuman itu.

Nor Hazani dalam penghakimannya berkata, keterangan mangsa boleh dipercayai kerana disokong oleh saksi bebas dan doktor turut mengesahkan, ada kesan koyak pada alat sulit mangsa.

Beliau membenarkan permohonan peguam bela, Azmi Talib untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman ke atas anak guamnya, namun menaikkan jumlah jaminan kepada RM80,000 berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sehingga selesai rayuannya.

Terdahulu, mahkamah diberitahu oleh mangsa sendiri melalui keterangan impak mangsa (VIS), bahawa dia mengalami tekanan perasaan dan takut untuk memulakan sesi persekolahan serta berdepan rakannya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang juga seorang guru vokal, didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, pada jam 9 pagi, 9 Februari 2012 mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertutuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Hukuman maksimum

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadzlin Abd Zawawi, sebelum itu memohon mahkamah mengenakan hukuman maksimum terhadap tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam.

Nor Fadzlin berkata, mangsa di dalam kes ini sangat menyayangi tertuduh dan menganggapnya sebagai bapa kandung.

Lapan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala enam bagi pihak pembelaan sepanjang perbicaraan.
-bharian-

Perogol pengsan apabila polis memaklumkan mangsa yang dirogolnya membawa virus HIV

London: Seorang lelaki yang disabitkan kesalahan merogol dilaporkan pitam selepas diberitahu mangsa serangan seksualnya itu membawa virus maut HIV.
Agensi berita Britain melaporkan Richard Thomas, 27, minggu lalu dihukum penjara lima tahun empat minggu kerana merogol seorang wanita ketika mangsa sedang tidur.

Thomas mengaku bersalah di mahkamah Liverpool pada 20 Julai lalu.

Berdasarkan dokumen mahkamah, Thomas ditangkap dan disoal siasat berhubung kes berkenaan.

Dalam temu bual itu Thomas mendakwa dia mabuk, mengngambil kokain dan ekstasi serta gagal mengingat apa yang berlaku.

Bagaimanapun apabila polis memaklumkan mangsa serangan seksual Thomas itu membawa virus HIV, tertuduh pengsan kerana terkejut.

Sumber polis berkata, mereka terpaksa mengejarkan dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Nasib Thomas sama ada dia akan dijangkiti virus penyebab Aids itu hanya akan diketahui hujung minggu ini apabila keputusan ujian darah dikeluarkan pejabat kesihatan.

Saksi berkata, Thomas menceroboh rumah mangsa - yang dikenali tertuduh - pada satu tengah malam dan merogolnya ketika wanita terbabit tidur.

Mangsa yang menetap di Leigh, Manchester, baru saja mengambil pil tidur sejurus sebelum diserang.

Kejadian itu hanya disedari mangsa apabila dia terjaga sejurus kemudian.

Sementara itu, peguam bela Thomas, Virginia Hayton berkata, tertuduh mula menagih dadah sejak berusia sembilan tahun dan menjadi kaki botol pada usia 11 tahun.

Thomas pula mengaku salah dan berkata, mangsa tidak akan menipu apabila menuduhnya melakukan serangan seksual.

“Jika dia saya merogolnya, maka memang saya merogol dia,” katanya.
-Agensi-