"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rahsia di Balik Pengunduran Diri Paus Benediktus XVI

Tranungkite
Dalam perbandingan agama, agama Kristian dan urusan Vatican, seorang penyelidik Arab Saudi, Pengarah Essam mendedahkan alasan pengunduran diri Paus Vatican yang menggegarkan komuniti Katolik di seluruh dunia. Pope Benedict XVI merupakan Paus pertama yang mengundurkan diri sejak 6 abad yang lalu.

Melalui akaun twitter tersingkap faktor pengunduran diri Pope Benedict ke 16 Dia berkata bahawa penyebab utama penguduran diri Paus adalah kerana kekacauan di gereja Vatican perihal Injil lama yang memuat nama Nabi Muhammad saw saat masih di Vatican.

Terdapat 3 orang dalam Vatican yang menyembunyikan keislamannya. Paus selalu berusaha mencari tahu mereka. Salah satu di antara mereka adalah penanggung jawab pembuatan surat pernyataan pengampunan dosa (dalam agama Katolik) dan ada salah satu yang mengumumkan keislamannya. Kesan diumumkan keislamannya adalah dia pindah ke Afrika Selatan. Di negaranya Ahmad Deedat. Syaikh Ahmad Deedatlah yang menjadi sebab keislamannya.

Beliau menegaskan dalam akaun twitternya bahawa sebenarnya pengunduran diri Pope Benedict XVI bukanlah kerana sakit. Kerana sebelumnya Paus John II usianya lebih tua dan penyakitnya lebih parah, namun ia tidak mengundurkan diri dari keuskupan gereja Vatican. Ini adalah argumentasi untuk menghadapi media.

Dia juga telah menentang Vatican yang telah mendustai kabar keislaman 35 uskup dan pendeta dari pembesar-pembesar Vatican. Kebanyakan mereka menyembunyikan keislamannya kerana kebimbangan terhadap keselamatan hidupnya, sebahagian kecil juga ada yang mengundurkan diri. Paus memilih diam selama 6 tahun. Vatican sampai saat ini masih belum mempunyai kekuatan untuk membantah kabar keislaman 35 uskup tadi. Maka Pope Benedict XVI pun mengundurkan diri.

Dia juga menambah Paus berusaha untuk menutupi keislaman mereka dengan melakukan hujatan terhadap Islam dan hinaan kartun Nabi Muhammad secara terang terangan pada tahun 2006 Namun usahanya justru menjadikan senjata untuk dirinya sendiri yang berujung pada pengunduran dirinya.

Dia mengisyaratkan bahawa dokumen-dokumen Vatican yang menyiasat surat pernyataan itu tidak seorang pun mengetahuinya sampai saat ini di tangan siapa surat itu berada. Akan tetapi seorang pemerhati mengatakan bahawa Paus menghilangkannya bersamaan dengan keluar dari pejabat tugasnya segera.

Dia juga menegaskan terdapat arkib-arkib pemberhentian Paus dan penangkapannya di beberapa negara yang dikunjungi kerana penglibatan beliau dalam menutup-nutupi kekerasan dan skandal seksual.

Penyelidik ini menutup dengan memotivasi para pendakwah dan ulama untuk melakukan aktiviti dakwah dengan istiqamah untuk mendakwahi orang-orang Katolik dari pengkultusan terhadap Paus dan uskup di bawahnya menuju penyembahan kepada Allah Subhanahu Wata'ala. (sumber: مكافحة العلمانيه)

Follow us:dakwatuna on Twitter | dakwatunacom on Facebook

Peringatan Syeikh Yusof al Qaradawi kepada pemerintah Arab Saudi yang berpihak kepada Israel...

ismanusa
قال الشيخ يوسف القرضاوي، إن السعودية بلد الشريعة تعتبر العدو صديقا لها والدول العربية عدوا لها
Sikap yang ditunjukkan oleh pemerintah Arab Saudi terhadap pembunuhan oleh Israel terhadap penduduk Gaza adalah ganjil. Sebagai penguasa yang diberi amanah menjaga dua tempat suci Islam di Mekah dan Madinah mereka sepatutnya membantu perjuangan Hamas. Tetapi sebaliknya yang berlaku, seolah-olah Saudi berpihak kepada Israel dan menunjukan permusuhan terhadap Hamas menjadi persoalan seperti di utarakan oleh Syeikh Yusof al Qaradawi.

Al Qaradawi dalam satu rancangan di Aljazeera menyatakan, sikap yang ditunjukan oleh pemerintah Arab Saudi adalah ganjil, menjadikan musuhnya sebagai kawan, memusuhi seluruh arab dengan pendirian tersebut kerana menjadikan Israel sebagai kawan dan Hamas sebagai musuh.

Pesanan beliau kepada penguasa Arab, al Qaradawi mengatakan, kamu bertanggung jawab di hadapan Allah terhadap ummah ini dan Allah akan menghitung segala perbuatan kamu terhadap berjuta orang yang dizalimi akibat permainan kamu. Qaradawi mengatakan lagi terdapat pemerintah negara Arab yang membayar berbilion dolar bagi membunuh beribu-ribu rakyat Mesir, seruan beliau kepada pemerintah ini, kembalilah kepada Allah, kamu semua juga akan mati, kebanyakan kamu sudah berada dihujung usia, takutlah kamu akan Allah dan bertaubatlah kamu kepada Allah, mintalah pertolongan Allah agar diberi kemenangan atas syaitan-syaitan itu dan terhadap diri kamu dan dunia kamu.

Qaradawi soal lagi; bagaimanakah berlakunya masalah di Mesir? Jelasnya, demokrasi Mesir telah terhalang selama 60 tahun, lalu datanglah ketentuan Allah mengembalikan pemimpin yang adil kemudiannya datanglah as Sisi memusnahkan segala kebaikan yang berlaku itu.

Beliau mengecam penutupan sempadan oleh Mesir, mengatakan adalah menjadi kewajipan terhadap Mesir untuk membuka sempadan itu jika sekiranya mereka Arab, apatah lagi jika mereka muslim, beliau persoalkan, apakah Mesir bukan golongan ini?

Qaradawi persoalkan; apakah Mesir bersikap berkecuali? Beliau berkata, Mesir dalam keadaan sekarang adalah sebuah negara yang bermusuh dengan Hamas dan segolongan pejuang menolak usaha damai Mesir. Tambah beliau lagi, jika Mesir ingin menjadi perantara yang adil, ia hendaklah mengembalikan pemerintah yang diculik dan disingkirkan dengan paksa dan menyerahkan kembali mandat yang diberikan oleh rakyat Mesir terhadapnya.

Adakah dijangka berlaku lagi kebangkitan di Mesir yang akan menjatuhkan penguasa sekarang dan mengembalikan kepada keadaan sebelum ini? Qardawi mengatakan, tidak mungkin akan berlaku perubahan dalam keadaan suasana di Mesir sekarang ini, segala urusan adalah dikawal sepenuhnya oleh tentera samada dalam ekonomi atau politik. Sindir beliau, hinggakan tentera Mesir sekarang ini pun terlibat dalam indutri pasta, beliau menyatakan pihak Israel sekarang amat gembira terhadap penguasa Mesir yang berminat dalam hal remeh tersebut, tidak lagi lagi berminat meningkatkan keupayaan senjata dan pertahanan.

23 mujahidin al-Qassam terselamat, 13 hari terperangkap dalam terowong sedalam 25 meter dari permukaan tanah yang dibom Israel



Satu kejadian yang tidak disangka berlaku apabila sekumpulan mujahidin dari pergerakan Al-qassam seramai 23 masih hidup walaupun terperangkap selama 13 hari disalah sebuah terewong yang menyeberangi sempadan Gaza dan Israel untuk menyerang askar Zionis Israel. Peristiwa ini adalah salah satu daripada kisah-kisah yang menceritakan tentang karamat Allah S.w.t kepada hamba-hambanya yang berjuang di jalan-NYA.

Salah seorang daripada Mujahid Al-Qassam memberitahu bahawa, Peristiwa ini berlaku apabila jalan keluar dan masuk salah satu terowong ini dimusnahkan oleh tentera Zionis Israel dan menyebabkan mereka iaitu 23 orang Mujahidin ini terperangkap di dalamnya. Kedalaman terowong bawah tanah itu dipercayai sedalam 25 meter dari permukaan tanah.

Wakil bilik gerakan pergerakan Al-Qassam memberitahu bahawa, sejak hari pertama mereka dihantar untuk melakukan serangan keatas tentera Zionis Israel melalui terowong ini, hubungan diantara mereka dan kumpulan 23 Mujahidin ini terputus disebabkan runtuhnya jalan keluar dan masuk terowong ini setelah di Bom oleh tentera zionis. Maka dengan itu, mereka menyangka 23 mujahidin ini telah pun syahid.

Pihak Al-Qassam menjalankan carian terhadap 23 mujahidin ini setelah genjatan senjata dipersetujui antara Hamas dan Israel. Operasi mencari ini adalah untuk mencari jasad mereka yang tertimbus. Namun apa yang mengejutkan ialah, apabila kami menjumpai mereka iaitu 23 orang Mujahidin ini berada dalam keadaan sihat sepanjang tempoh 13 hari mereka terperangkap didalam terowong ini.


Selain daripada itu, salah seorang daripada 23 Mujahidin ini berkata, bahawa sesungguhnya pertolongan ALLAH itu ada. Allah telah memudahkan urusan dan keperluan kami selama kami terperangkap didalam 'perut bumi' ini. Kebetulan pada waktu itu adalah pada bulan Ramadhan, maka setiap daripada kami membawa bekal sedikit buah Tamar (kurma), sepanjnag kami terperangkap dalam terowong itu, kami makan separuh daripada buah kurma yang kami bawa itu setiap hari. Manakala sumber minuman pula kami mendapatkanya daripada punca airmata air yang mengalir di kawasan terowong itu, maka kami mengambilnya dengan menggunakan cebisan daripada baju dan setiap daripada kami meminumnya dalam anggaran separuh gelas setiap hari.


Beliau menambah lagi " sesungguhnya kejadian ini menjadi bukti kepada seluruh penduduk Palestin khususnya dan seluruh umat islam Amnya, bahawasanya ALLAH bersama kita dan DIA (ALLAH) tidak sesekali meninggalkan kita dengan sia-sia , Sesungguhnya Sebaik-baik pertolongan itu adalah pertolongan daripada ALLAH ".

6 Ogos 2014