"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suspek mengaku bunuh 43 pelajar

Keluarga dan waris mangsa masih berharap sebahagian 43 pelajar yang hilang September lalu, selamat ditemui. Foto: AFP
Keluarga dan waris mangsa masih berharap sebahagian 43 pelajar yang hilang September lalu, selamat ditemui. Foto: AFP
BANDARAYA MEXICO: Suspek kes culik 43 pelajar di Mexico mengaku membunuh sebelum membakar mayat mangsa. Dua ahli kumpulan Guerreros Unidos membuat pengakuan itu kepada polis dan memberitahu sebelum dibunuh, mangsa dibawa ke sebuah tapak pelupusan sampah menggunakan trak, kata Pendakwa Raya, Jesus Murillo Karam.

Menurut Murillo Karam, suspek membakar mangsa menggunakan tayar selama 14 jam, sehingga menjadi abu.

"Suspek turut menghancurkan cebisan mayat mangsa dan membuangnya ke dalam sungai. Mereka juga tidak tahu jumlah sebenar pelajar yang dibunuh.

"Namun salah seorang suspek memberitahu jumlah pelajar yang diserahkan kepada mereka melebihi 40 orang," kata Murillo Karam ketika membuat pengumuman itu di hadapan keluarga mangsa di Chilpancingo, semalam.

Sebelum pengumuman itu dibuat, ahli keluarga mangsa enggan menerima berita kematian pelajar terbabit sehingga mendapat keputusan rasmi daripada pakar forensik Argentina.

Sebelum ini, pihak berkuasa menemui beberapa mayat dalam kubur besar di selatan Mexico.

Lubang kubur itu ditemui di sebuah bukit di luar Iguala, bandar di mana pelajar dari kolej latihan guru Chilpancingo dilihat untuk kali terakhir dan saksi menyatakan polis tempatan membawa beberapa pelajar berkenaan ke kawasan tersebut. - dpa
-sinarharian-

(4 Gambar)Tiga pelajar parah, kotak tiba-tiba meletup

KUALA TERENGGANU: Tiga pelajar pusat latihan di Gong Badak cedera terkena letupan dalam satu kejadian di Kampung Padang Machang, Manir, di sini, hari ini.

Seorang daripada pelajar tersebut cedera parah pada bahagian tangan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Pelajar berkenaan Nazrin Che Mohamad, 20, Khairul Shahiran Che Ibrahim, 19 dan Mohd Afiq Mohd Misran, 18.

Menurut sumber, maklumat awal diterima mengatakan kejadian berlaku ketika mereka sedang mengemas rumah nenek seorang daripada pelajar tersebut, iaitu Nazrin untuk disewa.

Ketika mengemas, Mohd Khairul Shahiran mengangkat sebuah kotak yang tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan ketiga-tiganya cedera.

Akibat letupan itu, kedua-dua tangan Mohd Khairul Shahiran hancur.
-sinarharian-

“Rakyat Selangor telah disongsangkan oleh tiga orang badut politik ini - SAMM

Khairil Ashraf
“Apa bezanya antara PR dan BN?
PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kata-kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang menolak Kidex dan kononnya bersama-sama penduduk di kawasan terbabit kekal retorik semata-mata demi menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

Penyelaras SAMM Kebangsaan Asrul Nizam Abd. Jalil, isu Kidex ini telah menjadi sebaliknya dan Azmin yang menjawat jawatan itu menyatakan bahawa projek itu akan diteruskan serta disokong oleh Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.

Tambahnya, lebih parah Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli telah melakukan acara menjelajah ke seluruh negara kononnya isu Kidex ini merupakan projek UMNO dan turut tidak ketinggalan Tony Pua

Beliau berkata, Azmin tidak ikhlas untuk memperjuangkan hak rakyat.

“Belum pun lebih sebulan Menteri Besar “terjah” ini memegang kuasa, belangnya sudah mula terpamer. Hipokrasi Menteri Besar terjah ini bukan hanya terungkai di dalam isu Kidex sahaja.

“Tetapi juga dalam isu bekalan air Selangor. Satu lagi putar alam apabila kini mengatakan tidak akan membatalkan perjanjian tersebut supaya rakyat Selangor mempunyai bekalan air yang cukup di masa depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kesemua isu ini merupakan hujah yang diutarakan oleh bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sewaktu mempertahankan dirinya sebelum ini.

Asrul mendakwa, sedikit demi sedikit segala isu telah terungkai dengan sendirinya dan segala cerita sebelum ini merupakan imaginasi yang direka Rafizi Ramli dan pasukannya.

“Mengapakah satu pembohongan yang nyata dicipta oleh sebuah parti yang kononnya memperjuangkan agenda reformasi? Kononnya parti ini menolak politik fitnah tetapi sebaliknya begitu ghairah melakukannya untuk membunuh karakter politik terhadap individu yang tidak sehaluan dengan mereka.

“Apa yang jelas, rakyat Selangor telah disongsangkan oleh tiga orang badut politik – Azmin, Rafizi dan Tony Pua. Maka apakah bezanya PR (Pakatan Rakyat) dan BN (Barisan Nasional)?,” soalnya.
-fmt-