"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nik Omar sertai Amanah dengan nama samaran?

Nik Omar Nik Abdul AzizKOTA BHARU: Nik Omar Nik Abdul Aziz menafikan penyertaan beliau dalam‎ Parti Amanah Negara (Amanah) seperti mana yang dilaporkan portal berita.
Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun tidak‎ menolak kewujudan kepelbagaian parti, termasuk kehadiran parti Amanah dalam sistem politik tanah air.

Menurutnya, beliau lebih suka kepada gagasan penyatuan ummah dengan masing-masing membawa pendekatan meraikan satu sama lain.

“Ambo (saya) tidak terlibat, ambo bawa pandangan masing-masing, kena terima kewujudan dan menghormati satu sama lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya semalam, Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Nordin Hussin‎ mengumumkan Nik Omar dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan.

Ditanya kenyataan itu bermaksud beliau menolak perlantikkan itu, Nik Omar yang juga Pengetua Mahaad Tahfiz Darul Annuar di Pulau Melaka‎ berkata, beliau sama sekali tidak terlibat.

Dalam masa yang sama, Nik Omar turut enggan mengulas ketika ditanya dakwaan mengatakan beliau telah menyertai parti itu dengan menggunakan nama samaran.

Nik Omar sebelum ini seringkali dikaitkan dengan Amanah setelah beberapa kali hadir dalam majlis anjuran parti serpihan Pas itu‎ beberapa bulan lalu.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.
-sinarharian-

Cara Mudah Untuk Mengetahui Jantung Anda BERMASALAH ATAU TIDAK !!

Tranungkite
jantung
Untuk mengetahui kerja jantung masih bagus atau tidak, penyelidik mempunyai panduan mudah iaitu cukup hanya menyentuh hujung jari kaki. Apabila tubuh anda masih fleksibel untuk mencapai jari kaki, bermakna jantung anda masih tetap cukup sihat.

Dalam jurnal Heart and Circulatory Physiology dijelaskan bahawa dengan menguji satu di antara elemen tubuh (jari kaki), seorang boleh tahu jantungnya masih tetap sihat atau tidak, bahkan juga di tengah-tengah bercuti sekalipun.


Langkahnya mudah, cukup cuma duduk di lantai dengan kaki diluruskan ke depan dan jari kaki mengarah ke atas. Lalu cuba menjangkau dan menyentuh hujung jari kaki dengan tangan. Apabila anda cukup fleksibel untuk menyentuh jari kaki bermakna jantung anda tetap masih sihat dan fleksibel juga.


Dalam kajian beliau, penyelidik dari University of North Texas serta beberapa penyelidik Jepun merekrut 526 peserta pada umur 20 hingga 83 th .. Responden lantas ikuti ujian fleksibiliti tubuh sembari diukur tekanan darah, pembuluh arteri serta aktiviti jantungnya.


Akhirnya, penyelidik dapati korelasi pada badan yg tidak fleksibel dengan pembuluh arteri yg tak fleksibel, terutama pada peserta di atas umur 40 th ..


Mereka yang gagal dalam ujian fleksibiliti tubuh serta tidak berjaya meraih hujung jari kaki nyatanya mempunyai pembuluh darah yang kaku, dan artinya kemampuan jantung jadi kurang baik, berkesan dan risiko penyakit jantung juga meningkat.


Penyelidik Jepun Dr Yamamoto mengemukakan, walau teori pada jalinan otot punggung serta kaki dengan otot di dekat jantung masih samar-samar, tetapi kerana ia ada kajian ini cukup membantu.


Simpulan otot punggung, kaki serta pembuluh jantung yang sama-sama berkaitan itu kerana komposisi kolagennya yang sama.


"Apabila anda boleh menyentuh jari kaki ketika duduk lurus, jantung anda bermakna masih tetap cukup baik. Tetapi apabila tidak boleh, mungkin saja anda perlu mendatangi kardiologi" tutur Dr Yamamoto, seorang penyelidik Jepun seperti diambil dari New York Times.


Namun Yamamoto menyampaikan tidak selama-lamanya otot kaku yaitu tandanya penyakit jantung, hanya mungkin jantungnya kurang fit serta sihat saja dari yang seharusnya.


Sumber [Link]

Khalwat: Taktik janda bawa bawa anak berusia 10 tahun gagal mengaburi mata pegawai JHEAIPP

Butterworth: Tindakan seorang janda berusia 36 tahun ‘mengheret’ anak lelakinya berusia 10 tahun mengharungi perjalanan lebih 100 kilometer ke negeri ini untuk bertemu teman lelakinya membawa padah apabila mereka ditahan pihak berkuasa agama di sebuah hotel bajet di sini awal pagi ini.

Malah cubaan wanita dari Sungai Petani, Kedah bersama pasangannya berusia 27 tahun dari Balik Pulau di sini untuk mengaburi mata pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dengan ‘berlakon’ sebagai pasangan suami isteri tidak berjaya apabila gagal membuktikan status perkahwinan mereka.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguat Kuasa JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pasangan terbabit adalah antara 50 individu yang berjaya ditahan pihaknya dalam operasi mencegah khalwat sempena cuti umum tahun baharu di sekitar negeri ini.

Menurutnya, operasi bermula pukul 2 pagi dan tamat lima jam kemudian itu, memeriksa beberapa hotel bajet di sekitar daerah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan Timur Laut.

“Semua yang ditahan berusia antara 18 hingga 36 tahun dan dibawa ke pejabat agama di Butterworth di sini, untuk tindakan susulan setelah didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

“Jika sabit kesalahan semua yang ditahan termasuk beberapa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) boleh didenda tidak kurang RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Khairul Azman, semua yang ditahan terdiri daripada 26 lelaki dan 24 wanita.

Kata beliau, pihaknya akan terus menjalankan operasi mencegah maksiat itu dari semasa ke semasa di seluruh negeri ini, lapor Utusan.
-kualalumpurpost-