"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kulit kepala tercabut dalam mesin (Gambar)


Beijing – Seorang pekerja kilang plastik nyata panjang umur apabila terselamat walaupun kulit kepalanya tersiat selepas rambutnya tersangkut dalam mesin.

Dalam kejadian di Jinhua, wilayah Zhejiang, timur China itu, pekerja yang cuma dikenali sebagai Yang itu berkata, ketika kejadian dia membongkok untuk mengambil sesuatu.

Namun kemudian tiba-tiba rambutnya tersangkut pada alat penggiling menyebabkan kulit kepalanya tersiat.

Yang tidak pengsan, malah masih mampu berlari mendapatkan bantuan rakannya selepas kejadian itu.

Mereka terkejut melihat kepala Yang berlumuran darah dan terus mengeluarkan kulit kepala serta rambutnya dari mesin berkenaan yang diserahkan kepada paramedik yang tiba beberapa minit kemudian.

Yang dalam keadaan terkejut ketika dibawa ke hospital untuk pembedahan segera dan doktor mengambil masa lapan jam untuk menyambungkan semula kulit kepalanya.

Dr Li Bin berkata, pembedahan itu amat mencabar kerana kulit kepala Yang tersiat sepenuhnya dari bawah kening, telinga dan tengkuk.

“Dia mengalami trauma dan kehilangan banyak darah,” katanya.

Dr Li turut mengingatkan pekerja kilang sentiasa mengikat rambut mereka dan menutup kepala untuk mengelak kejadian seumpama itu berlaku.
-kualalumpurpost

Guru didakwa cabul murid

Bangi – Seorang guru lelaki sebuah sekolah agama di sini yang didakwa melakukan perbuatan jelik terhadap anak muridnya sejak tiga tahun lalu, ditahan polis kelmarin.

Guru berusia 29 tahun itu ditahan di sekolah terbabit, susulan laporan dibuat bapa mangsa terbaru berusia 12 tahun pada Rabu lalu, sebaik mengetahui kejadian menimpa anaknya pada 19 April lalu.

Sumber berkata, tindakan keluarga berkenaan mendorong enam mangsa lain melaporkan perbuatan guru terbabit menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa suspek memegang dan meraba bahagian sulit mereka dalam kejadian berasingan.

Ada mangsa mendakwa dipeluk dan dicium serta diarah mengurut beberapa bahagian badan suspek.

Difahamkan, ada yang menjadi mangsa pelakuan jijik itu lebih 10 kali sejak Februari 2014.

“Selama ini, semua mangsa takut menceritakan apa yang berlaku kerana malu serta bimbang diapa-apakan suspek,” kata sumber berkenaan.

Suspek direman hingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan Seksyen 377D kerana melanggar kesopanan.
-BH Online

Rakaman CCTV kes samun, rogol di Puchong tersebar


Puchong – Satu rakaman video yang dipercayai kes samun dan rogol di Puchong, Kinrara menjadi tular di media sosial pada ketika ini.

Video tersebut yang berdurasi 4 minit dipercayai dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah premis judi. Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang lelaki dalam kedai tersebut melakukan perkara terkutuk itu secara bergilir-gilir terhadap seorang wanita dipercayai juruwang.

Menurut Raymond yang merupakan orang pertama yang memuat naik video berkenaan, kejadian tersebut berlaku pada dua hari lepas namun bagaimanapun dua orang penjenayah tersebut telah berjaya ditangkap berdasarkan gambar-gambar yang turut dimuat naik bersama video tersebut.

Menurutnya lagi, dia memperolehi video tersebut menerusi aplikasi WeChat yang mana dikongsikan oleh kenalannya. — Siakapkeli.my