"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru didakwa cabul murid

Bangi – Seorang guru lelaki sebuah sekolah agama di sini yang didakwa melakukan perbuatan jelik terhadap anak muridnya sejak tiga tahun lalu, ditahan polis kelmarin.

Guru berusia 29 tahun itu ditahan di sekolah terbabit, susulan laporan dibuat bapa mangsa terbaru berusia 12 tahun pada Rabu lalu, sebaik mengetahui kejadian menimpa anaknya pada 19 April lalu.

Sumber berkata, tindakan keluarga berkenaan mendorong enam mangsa lain melaporkan perbuatan guru terbabit menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa suspek memegang dan meraba bahagian sulit mereka dalam kejadian berasingan.

Ada mangsa mendakwa dipeluk dan dicium serta diarah mengurut beberapa bahagian badan suspek.

Difahamkan, ada yang menjadi mangsa pelakuan jijik itu lebih 10 kali sejak Februari 2014.

“Selama ini, semua mangsa takut menceritakan apa yang berlaku kerana malu serta bimbang diapa-apakan suspek,” kata sumber berkenaan.

Suspek direman hingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan Seksyen 377D kerana melanggar kesopanan.
-BH Online

Tiada ulasan: