"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sanusi curi REE di Sik?, pernah didenda RM500,000

M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bh.com.my

MAKMAL memproses unsur nadir bumi REE haram di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik. FOTO Luqman Hakim Zubir
Guar Chempedak: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didenda RM500,000 kerana kesalahan mencuri unsur nadir bumi (REE) tahun lalu.

Saifuddin berkata, denda itu dikeluarkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) ke atas Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah kerana kegiatan yang dilakukan di Sik.

Katanya, berikutan itu Muhammad Sanusi selaku Pengerusi MBI Kedah dicabar menjelaskan perkara berkenaan dan menafikan sama ada beliau terbabit dalam kegiatan mencuri REE.

"Malam ini saya nak tanya dengan Sanusi sebagai pengerusi MBI, ada tak dapat surat daripada Datuk Fauzi Mustafa selaku Pengarah PTG Kedah pada hujung tahun lalu?

"Surat itu mengkehendaki MBI membayar kompaun RM500,000 kerana mencuri REE di Kampung Chong, Sik. Kamu Menteri Besar, kamu Pengerusi MBI, surat itu bertarikh 4 Oktober 2022.

"Dialamatkan kepada Pengerusi MBI, kompaun di bawah Seksyen 426 (1) Kanun Tanah Negara dalam kejadian 2.30 petang, 24 September 2022 kerana curi REE, yang tandatangan Datuk Fauzi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Padang Awam Pekan Guar Chempedak di sini, malam ini.

Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) berkata, pihaknya akan terus mendedahkan kepincangan yang dilakukan Muhammad Sanusi bagi membolehkan rakyat membuat pilihan tepat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

"Kita lantik Menteri Besar untuk urus negeri, bukan jadi pencuri. Ini adalah permulaan dan kita ada lagi beberapa siri pendedahan dengan dokumen lengkap kerana kita percaya rakyat Kedah cerdik.

"Jangan sesekali memandang rendah kebijaksanaan orang Kedah, mudah-mudahan paling kurang (kemenangan) 19 kerusi Dewan Undangan Negeri akan jadi kenyataan," katanya.

Mahasiswa alami tekanan terjun bangunan Mahasiswa

Mahasiswa

TANGKAP layar daripada video tular memaparkan mayat seorang mahasiswa yang dikatakan bunuh diri dekat sebuah kondominium di Shah Alam, Selangor, semalam.
MOHAMAD ATHIR BIN ISMAIL

SHAH ALAM: Polis mengesahkan seorang mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terjun dari tingkat empat sebuah kondominium dekat Seksyen 7, di sini, semalam mengalami tekanan dan pernah menerima rawatan sakit mental.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5.47 petang dan siasatan awal polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

“Kejadian berlaku pada 14 Julai sekitar jam 5.47 petang, mangsa seorang perempuan berumur 23 tahun. Hasil siasatan awal polis, mangsa dipercayai jatuh dari tingkat 4 (tempat letak kenderaan) bangunan tersebut.

“Tiada unsur jenayah dijumpai dan hasil temubual dengan kakak mangsa memaklumkan bahawa mangsa mengalami tekanan perasaan dan mendapat rawatan sakit mental kali terakhir pada 10 Julai lalu di Hospital Shah Alam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, insiden tersebut tular dalam media sosial menerusi potongan video memaparkan mayat seorang individu ditutup dengan kain dipercayai seorang mahasiswa IPTA yang didakwa bunuh diri dengan terjun dekat sebuah kondominium di sini.

Dalam pada itu, Ramsay memaklumkan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

“Sebarang maklumat lanjut berkenaan kes ini, boleh disalurkan kepada SM Shafawi ditalian 011-33642465,” ujarnya. – UTUSAN

Rafizi: Majoriti pengundi Kelantan tak puas hati dengan pentadbiran PAS

Malaysiakini

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa majoriti pengundi di Kelantan tidak berpuas hati dengan pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri yang ditadbir PAS melalui hasil dapatan kajian pada Mei lepas.

Beliau berkata berdasarkan kajian PKR menggunakan syarikat tinjauan pendapat bebas, sejumlah 43 peratus sahaja yang puas hati dengan Kerajaan Negeri Kelantan.

"Setiap bulan kami mengukur penarafan tahap puas hati Perdana Menteri, Menteri, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tiap-tiap bulan sejak Jun 2016, jadi kami ada angka yang sangat panjang dan untuk tahun 2023, daripada Januari lagi memang ada penurunan dan peralihan dalam kalangan pengundi Kelantan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri Pasir Tumboh di Kampung Parit Limbat di Kota Bharu hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata beliau yakin hasil kajian itu merupakan gambaran sebenar dilema yang sedang dihadapi pengundi di Kelantan.

"Mereka faham selepas 33 tahun Kelantan terkebelakang dalam banyak perkara dari segi pembangunan, membasmi kemiskinan dan infrastruktur asas," katanya.

Beliau berkata kini terpulang kepada PKR, Umno dan Amanah untuk meyakinkan pengundi atas pagar bahawa mereka boleh meletakkan harapan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Kami ada lebih kurang empat minggu dari sekarang jadi insya-Allah, tumpuan saya ialah untuk bekerjasama dengan pimpinan lapisan kedua dalam Kerajaan Perpaduan dan pimpinan di peringkat negeri untuk pastikan momentun kempen dan persediaan itu berlaku di segenap peringkat sementara pimpinan paling kanan seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri menumpukan untuk membina gelombang rakyat melalui program besar,” katanya.

- Bernama