"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rupanya Muhyiddin hanya bersandiwara untuk mendapatkan simpati para perwakilan

Silap-silap jawatan Setiausaha Agung akan segera dilucut

Shahbudin Husin 

Lepas solat Jumaat semalam, tidak lama selepas Mahiaddin Md Yasin mengumumkan hasrat mahu berundur dan tidak lagi mempertahankan jawatan Presiden Bersatu pada pemilihan tahun depan, saya tiba-tiba diberikan suatu maklumat bahawa semua itu hanya sandiwara
Kata pemberi maklumat itu, tindakan Mahiaddin itu bukan keputusan yang jujur, sebaliknya bertujuan untuk mendapatkan simpati para perwakilan, seterusnya membolehkan beliau terus kekal memimpin Bersatu.

Untuk meyakinkan saya, pemberi maklumat itu menambah, dalam ucapan perwakilan nanti, pasti akan kedengaran desakan dan rayuan agar Mahiaddin menarik balik keputusannya itu.

“Akhirnya, dalam ucapan penutup Mahiaddin, kononnya setelah mengambil kira desakan dan rayuan perwakilan, maka beliau setuju untuk menarik balik keputusannya itu.

“Ertinya, beliau ada lesen besar untuk terus mempertahankan lagi jawatannya dalam pemilihan parti pada awal tahun depan,” demikian kata pemberi maklumat itu.

Disebabkan itulah jugalah, saya tidak menulis apa-apa mengenai keputusan Mahiaddin enggan mempertahankan lagi jawatannya itu kerana ingin menunggu perkembangan selanjutnya berdasarkan maklumat yang saya terima itu.

Rupa-rupanya, tidak perlu menunggu sehingga ucapan penutup, kesudahan jalan cerita sandiwara telah pun berakhir lebih awal daripada yang dijangkakan.

Hanya berdasarkan ucapan beberapa perwakilan yang merayu Mahiaddin menimbang semula keputusannya, petang semalam tiba-tiba telah diadakan mesyuarat khas MPT Bersatu berkenaan isu tersebut.

Dipengerusikan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu atau Peja, mesyuarat khas dan tergempar Bersatu petang semalam itu mengambil keputusan menolak keinginan Mahiaddin untuk berundur.

“Mesyuarat telah sebulat suara membuat ketetapan untuk menolak hasrat Mahiaddin untuk tidak mempertahankan jawatan beliau dalam pemilihan parti tahun depan.

“MPT sebulat suara berpendirian bahawa kepimpinan Mahiaddin masih diperlukan oleh parti dan negara,” kata Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin yang sebelum ini diura-urakan mahu melawan Mahiaddin dalam pemilihan parti tahun depan.

Dengan keputusan mesyuarat itu, tersenyum lebarlah Mahiaddin kerana sandiwaranya bukan saja berjaya dipentaskan, bahkan tiket telah “sold out” lebih awal lagi.

Dalam perkembangan terbaru pagi ini, menyusul keputusan mesyuarat khas petang semalam, Perhimpunan Agung Bersatu turut membuat ketetapan sebulat suara menolak hasrat Mahiaddin daripada melepaskan jawatannya pada pemilihan tahun depan.

Juga ditolak ialah usaha mencari pengganti bagi jawatan Presiden Bersatu sebagaimana disuarakan Mahiaddin semalam.

Petang ini, dalam ucapan penutupnya, barangkali dengan nada sebak tetapi gembira di dalam hati Tuhan saja yang tahu, Mahiaddin dengan gaya negarawan ulung pasti dengan besar hati mengatakan beliau kini tiada pilihan lain melainkan terpaksa akur dengan kehendak parti yang diputuskan melalui mesyuarat khas dan juga Perhimpunan Agung berkenaan kedudukannya.

Senang cerita, kekal dan menang tidak bertanding lagilah Mahiaddin sebagai Presiden Bersatu.

Dalam masa yang sama, musnahlah impian Hamzah untuk mengambil alih teraju kepimpinan Bersatu dan paling kecewa dalam hal ini tentulah para penyokong Ketua Pembangkang itu yang selama ini mengharapkannya mampu membawa nafas baru kepada parti itu.

Bersama mandat untuk kekal lagi mengetuai Bersatu, kiranya selepas ini ada terdengar apa-apa usaha daripada Hamzah untuk bertanding juga pada pemilihan tahun depan, silap-silap jawatan Setiausaha Agung yang sekarang disandangnya pun akan segera dilucutkan.

Akhir kata “Sadaqallahul Azim” sajalah buat Hamzah.

HATI-HATI SCAMMER TEPI HIGHWAY!



FB Diari Melaka 

HATI-HATI SCAMMER TEPI HIGHWAY!

Panjang sikit karangan hari ni. Semalam, pakcik berbaju Melayu coklat maroon yang menurutnya bernama Majid dan anaknya berbaju biru bernama Kamal, berjalan kaki di tepi lebuhraya Guthrie. Suami saya yang dalam perjalanan ke Shah Alam, berhenti untuk membantu. Minyak motor habis, terpaksa menolak motor. Suami saya yang kebetulan membawa 4x4 semalam, angkat motor pakcik tu di belakang dan menghantar mereka ke stesen minyak berdekatan. Bayangkan, jumpa mereka di highway Guthrie dari Rawang, dan stesen minyak terdekat ialah di Shah Alam. Jauh tu nak tolak. Aduh, simpati, kesian.

Dalam kereta, mereka bersembang. Katanya, dia dari Tg Malim menziarah bapanya yang meninggal dunia, dalam perjalanan ke Jasin. Apabila ditanya, kalau nak ke Jasin, kenapa lalu Guthrie? Pakcik memberitahu yang mereka dalam perjalanan ke Klang, kerana ada pusat zakat yang memberi wang kecemasan. Aduh, simpati, kesian lagi.

Sampai di stesen minyak, suami turunkan motornya sambil dibantu beberapa kontraktor yang sedang membuat kerja pembaikan di stesen Petronas federal highway Shah Alam arah ke Klang. Sebelum turun dari kereta, disebabkan suami rushing nak kejar urusan di bank, maka ditinggalkan pakcik tu di sana dengan wang tunai RM150. Pakcik mendoakan, "Terima kasih. Semoga murah rezeki". Kontraktor yang bekerja pun mendoakan yang sama. "Terbaik, bang!" Kata mereka sebab semua yang menyaksikan pasti akan simpati dan kesian tengok pakcik tu.

Suami ceritakan pada aku sebelum kami tidur semalam. Meleleh air mata aku sebab simpati dan kesian nasib mereka. Tapi...

Hari ini, sekitar jam 11.40 am dalam perjalanan ke utara, di tepi highway PLUS selepas R&R Rawang, aku nampak seorang pakcik dengan anak lelaki sedang ditahan brader X50. Aku terus bersuara, "Macam sama dengan cerita abang semalam". Suami yang sedang memandu menoleh terus menjawab, "Cilaka! Pakcik semalam!". 😅 Suami rapatkan kereta ke tepi emergency lane dan undurkan kereta.

Brader X50 ni dah jadi mangsa baru. Kali ni, Mak dia pulak mati, nak balik ke Batang Kali. Bila ditanya mana duit RM150 semalam? Dia boleh minta no akaun nak transfer. 😂 Banyak pulak duit kau ye pakcik? Sempat pakcik simpan dalam bank lepas tu cari mangsa baru. Brader X50 tu pun yang pada mulanya kata "takyah viral la bang", pun dah tinggikan suara lepas tau dia pun kena tipu. Marah betul brader tu sebab pakcik menggunakan anak untuk raih simpati. Kesian anak itu, terkebil-kebil tak faham apa berlaku. Tak dapat dipastikan identiti sebenar pakcik ni, rakyat Malaysia ke Rohingya. 

Punya Tuhan nak tunjuk, baru semalam suami tolong, hari ni dah dapat jawapan yang ditolong tu buat duit dengan simpati rakyat Malaysia. Baik hati kita dengan mudah diperguna.

Sumber : Elia Yacob

Liverpool 'rosakkan' rekod gah Man City

AFP
ALEX-Arnold meraikan jaringannya. FOTO AFP
ALEX-Arnold meraikan jaringannya. FOTO AFP
Manchester: Liverpool menamatkan rekod kemenangan 23 perlawanan Manchester City di Etihad selepas pertembungan dua pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) itu terikat 1-1, hari ini.

Jaringan Trent Alexander-Arnold 10 minit sebelum tamat perlawanan memberikan satu mata berharga buat pelawat selepas gol ke-50 Erling Haaland dalam Liga Perdana meletakkan City di depan.

Keputusan itu menyaksikan kedua-dua pasukan teratas itu hanya dibezakan satu mata dan Arsenal berpeluang merampas tempat teratas dari City jika mereka menang di Brentford.

Bos Liverpool, Jurgen Klopp meluahkan rasa kurang senangnya sebelum sepak mula selepas rehat antarabangsa, yang menyaksikan kedua-dua pasukan mempunyai pemain yang beraksi dalam kempen kelayakan Piala Dunia di Amerika Selatan kurang 72 jam lalu.

Gol ke-50 Haaland di Liga Perdana dalam penampilan ke-48nya memecahkan rekod sebelum ini yang dipegang oleh Andy Cole selepas 65 perlawanan.

Bapa bintang Liverpool, Luiz Diaz adalah antara yang menyaksikan perlawanan itu selepas berdepan insiden penculikan di negaranya, Colombia.

Diaz terbabit dalam gol penyamaan Liverpool 10 minit sebelum tamat perlawanan menerusi Alexander-Arnold.

City memberi tekanan untuk mendapatkan gol kemenangan ketika masa kecederaan namun tidak berhasil sekali gus gagal melakar kemenangan di tempat sendiri sejak 31 Disember tahun lalu.
-hmetro