"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menjelang muktamad Pas: Hadi undur – betul atau tidak ?

Mohsin Abdullah

Adakah benar Abdul Hadi Awang mahu berundur atau kekal presiden PAS selepas dilaporkan memberi bayangan mengenai kedudukannya.

Banyak nama sudah timbul untuk menggantikan Abdul Hadi Awang ‘apabila beliau mengundur diri’ daripada jawatan presiden PAS September ini. Mengapa September?

Sebab pemilihan PAS dijadual diadakan pada September ini dan Hadi dikatakan tidak akan mempertahan jawatan. Tetapi persoalan utama ialah adakah benar Hadi akan berundur? Sekali gus melepaskan jawatan?

Diberitakan Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang ‘menyampaikan hasrat’ itu kepada barisan kepimpinan PAS tempoh hari. Bagi saya berita ura-ura Hadi nak undur didapati daripada laporan Sinar Harian 6 Jun lalu bertajuk ‘Isyarat undur Hadi Awang?’. Laporan itu memetik sumber berkata Hadi ‘membayangkan’ untuk berundur daripada jawatan presiden PAS atas faktor kesihatan.

Umum tahu Hadi ‘has not been in the pinkest of health’. Oleh itu jika faktor kesihatan dijadikan sebab untuk berundur ini memang ada logiknya. Alasan masuk akal. Tetapi ‘membayangkan’ masih menjadi kata kuncinya. ‘Membayangkan’ boleh beri erti berura-ura, masih fikir fikir, berhasrat tetapi bukan kepastian.

Perhatikan semula apa yang dikatakan lagi oleh si sumber kepada Sinar Harian: “Perkara itu dibangkitkan oleh Abdul Hadi sendiri dalam satu retreat pada hujung minggu lepas iaitu membayangkan beliau uzur dengan kesihatan sekarang. Jadi beliau menyampaikan bahawa mungkin akan berundur”. Kata kuncinya ‘mungkin’. Kita tahu apa makna ‘mungkin’.

Reaksi Mohd Syahir Che Sulaiman, bekas setiausaha politik Hadi (yang juga Ahli Parlimen Bachok ) terhadap isu ini pada hemat saya menarik. Menjawab pertanyaan media beliau mengesahkan memang retreat PAS diadakan tempoh hari di Hotel Primula Kuala Terengganu untuk ‘membincangkan hala tuju parti’.

Dan kata beliau lagi seperti dilapor Sinar Harian juga pada 6 Jun lalu (ini amat menarik): “Di pihak Tuan Guru (Hadi), Tuan Guru merasakan kesihatan beliau baik tetapi doktor banyak menasihatkan supaya dikurangkan aktiviti luar dan aktiviti di tempat sesak, itu sahaja”.

Tambah beliau dari segi kesihatan, kuliah, mesyuarat dan pengurusan berjalan seperti biasa dan semua pihak mendoakan kesihatan Hadi baik. Jadi apa yang sebenarnya dikatakan Hadi pada retreat PAS tempoh hari? Mengambil kira kata-kata Syahir, presiden PAS berpendapat kesihatannya baik – cuma perlu kurang
aktiviti luar dan di tempat sesak.

Semua aktiviti membabitkan Hadi juga berjalan baik dan semua pihak mendoakan kesihatannya. Lalu perlukah Hadi membayangkan mahu berundur September ini? Saya terpaksa tanya – apa yang Hadi bayangkan? Walaupun laporan Sinar Harian tidak menyebut secara spesifik sama ada Syahir hadir atau tidak pada retreat parti di Hotel Primula, saya rasa beliau hadir mengambil kira kedudukannya sebagai seorang Ahli Parlimen PAS.

Apa pun kata Syahir: “Berundur atau tidak kena tunggu Tuan Guru sendiri buka mulut mengesahkan berita tersebut”. Betul lah tu. Sehingga artikel ini ditulis tidak ada kenyataan dilkeluarkan oleh presiden PAS. Berbalik kepada sumber yang dipetik Sinar Harian yang disebut pada awal artikel ini. Kata si sumber, apabila Hadi membayangkan kemungkinan berundur, ‘itu yang buka kepada polemik dan diskusi sekarang’.

Maka timbul nama nama pengganti seperti Mohd Amar Nik Abdullah, Ahmad Samsuri Mokhtar atau Dr Sam, Mokhtar Senik, Sanusi Md Nor, Khalil Abdul Hadi dan ramai lagi. Ooo lupa Annuar Musa pun ada disebut dalam ruangan komen Facebook seorang kawan saya. Tidak tahu saya sama ada si pencadang melawak, perli atau serius. Senada dengan itu ada yang mencadangkan Shahidan Kassim. Gurau atau serius waullahualam.

Saya percaya yang mencadangkan nama nama yang disebut tadi terdiri daripada ahli PAS, penyokong PAS, pemerhati politik dan juga orang luar parti termasuk mereka yang sekadar mahu kacau kacau. Itu sekadar nama. Polemik pula disertai orang PAS tegar. Persoalan yang mereka bincangkan ialah sama ada PAS mahu meneruskan kepimpinan ulama atau mengubah haluan mahu dipimpin golongan teknokrat ( dulu digelar progresif).

Polemik juga sama ada Dr Sam seorang ualama atau teknokrat. Dibincangkan juga adakah Tuan Ibrahim Tuan Man seorang ulama atau boleh juga dianggap teknokrat?
Secara logik, Tuan Ibrahim selaku timbalan presiden sekarang wajar diangkat sebagai presiden jika Hadi melepaskan jawatan. Tetapi ada juga cerita pada kalangan PAS Tuan Ibrahim ‘berat hati’ untuk duduk di kerusi nombor satu atas beberapa sebab.

Dikatakan dewasa ini kem ulama (PAS pun ada kem ya) sedang berusaha menyakinkan beliau mengambil alih tampuk kepimpinan. Apa pun semua nama yang dicadangkan dan semua polemik serta diskusi harus diketepikan terlebih dahulu – sehingga persoalan paling penting dijawab yakni apa langkah Hadi menjelang September ini. Adakah beliau mahu undur atau mahu kekal presiden?

Hadi presiden paling lama dalam sejarah PAS setakat ini. Beliau menjadi presiden sejak September 2003. Apabila PAS mengadakan muktamar dan pemilihan September ini, lengkaplah 22 tahun Hadi menjadi presiden PAS. Macam Mahathir Mohamad jadi presiden Umno. Jika Hadi undur maka orang PAS kemukakanlah nama pengganti, bersedia untuk pertandingan, putarkan semula polemik dan diskusi yang sedang bermain sekarang.

Jika beliau mahu kekal, lupakan senarai nama, polemik, dan diskusi. ‘Business as usual’. Melainkan ada yang berani memujuk Hadi undur. Tetapi jangan guna alasan kesihatan untuk menyakinkan beliau undur. Kerana kata bekas setiausaha politiknya, presiden kata kesihatannya ok.

Lembu korban lesap, 'terjun' laut

Meor Riduwan Meor Ahmad
Lembu jantan yang terlepas dan dipercayai lemas dihanyutkan air dekat pantai Tanjung Bidara, malam tadi. - Foto tular.
Lembu jantan yang terlepas dan dipercayai lemas dihanyutkan air dekat pantai Tanjung Bidara, malam tadi. - Foto tular.
ALOR GAJAH: Penduduk Kampung Tanjung Bidara, Masjid Tanah di sini, gempar apabila seekor lembu jantan untuk majlis korban sempena Aidiladha terlepas dan 'lesap' di pantai Tanjung Bidara, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam dan turut tular apabila video dan gambar memaparkan orang kampung dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) melakukan pencarian di sekitar pantai berkenaan dikongsikan di media sosial.

Saksi kejadian, Muhammad Fahmi Abdullah, 28, berkata, dia pada mulanya tidak menyangka apa-apa perkara buruk berlaku apabila melihat lembu berkenaan berenang di laut di hadapan gerainya.

"Tidak lama selepas masuk ke dalam gerai saya terdengar bunyi riuh-rendah suara orang ramai sebelum seorang penduduk kampung bertanya jika saya ternampak seekor lembu yang terlepas.

"Saya jawab 'ada' dan kemudian kami bersama-sama pergi mencari lembu itu yang masih ada di dalam laut dan ada tali pada lehernya.

"Namun, tiada seorang penduduk berani mendekati lembu jantan itu yang garang selain saiznya agak besar," katanya yang juga peniaga lempeng ketika dihubungi di sini.

Muhammad Fahmi berkata, dia kemudian menghubungi APM untuk bantuan menangkap lembu itu, namun haiwan itu tiba-tiba hilang apabila pasukan penyelamat tiba.

"Mungkin lembu itu lemas sebab takut melihat ramai orang berkerumun di pantai tambahan kawasan pantai itu banyak batu-batu besar dan sukar untuk haiwan itu naik ke darat.

"Penduduk dah cari dengan menyuluh lampu di sekitar pantai sambil naik perahu tapi tidak jumpa. Selepas solat sunat Aidiladha penduduk sambung cari, tapi masih tidak jumpa.

"Kejadian ini pertama kali berlaku di kampung kami dan memang pelik," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Unit (PPAU) Masjid Tanah, Leftenan (PA) Noor Jauzi Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.42 malam dan seorang pegawai bersama tiga anggota APM dikejarkan ke lokasi untuk operasi menyelamat.

"Namun usaha mencari lembu korban berkenaan gagal selepas pemeriksaan dibuat di sekitar tempat kejadian.

"Maklumat orang awam menyatakan lembu itu dipercayai dihanyutkan air dan hilang dari penglihatan," katanya ketika dihubungi.

Wanita jumpa wang lebih RM1 juta dalam kotak di tempat buang sampah

KOSMO
Kotak misteri berisi wang tunai ditemui dari tempat pembuangan sampah. - Matichon
BANGKOK – Seorang wanita terkejut menemui wang tunai 12 juta baht (RM1.5 juta) di dalam sebuah kotak yang diambil dari tempat pembuangan sampah pangsapurinya, portal berita Must Share News. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 7.40 malam (waktu tempatan) di wilayah Nonthaburi kelmarin. 

Wanita tidak didedahkan namanya itu dilaporkan ternampak sebuah kotak plastik berwarna kelabu semasa dalam perjalanan pulang ke pangsapurinya. 

Wanita terbabit mengambil kotak itu tanpa ragu kerana sudah lama mahukan kotak simpanan yang besar. 

Dia bagaimanapun terkejut apabila kotak tersebut berisi wang tunai yang banyak dan segera menghubungi polis. 

Siasatan awal mendapati kotak itu berisi wang kertas bernominasi 1,000 baht (RM131) dengan jumlah keseluruhan 12 juta baht. 

Bukan itu sahaja, beberapa dokumen potongan cukai serta sampul surat berkait dengan Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Kebangsaan (NBTC) Thailand turut ditemui. 

Polis telah mengenal pasti individu yang dinamakan dalam dokumen tersebut dan memanggilnya untuk disoal siasat. – AGENSI