"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apandi Dibebas Dari Tuduhan Rasuah

Mohd Sayuti Omar
SELEPAS tujuh tahun yang Dipertua Pas Jeli, Apandi Mohamad menanti keadilan berhubung dakwaan ke atasnya membabitkan pemalsuan dokumen akhirnya hari ini kebenaran berpihak kepadanya apabila Mahkamah membebaskan beliau dari tuduhan berkenaan.

Apandi, 50 (foto) dibebaskan oleh Hakim Nasir Nordin kerana mendapati pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap bekas ahli Parlimen Jeli 1999 - 2004 itu.

Beliau disiasat oleh SPRM atas beberapa tuduhan memalsukan dokumen semasa menjadi ahli Parlimen. Pertuduhan dikenakan ke atasnya mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Bagi setiap tuduhan, beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara 11 Feb 2002 dan 23 Julai 2003 di Cawangan Kewangan, Pejabat Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di Kuala Lumpur.

Tuduhan itu yang sejak awal dirasakan satu tindakan politik ternyata benar bila mana Mahkamah akhirnya membebaskan Apandi hari ini.

Kelewatan menyelesaikan kes tuduhan itu juga dilihat sengaja diperpanjangkan atas motif-motif tertentu.

Apandi merupakan calon Pas yang berjaya mengalahkan Mustapa Mohamad di kerusi Parlimen Jeli tahun 1999. Kejayaan Apandi menumbangkan Mustapa tahun itu dianggap sebagai The Giant Killer kerana Mustapa seorang menteri. Kejayaan Apandi itu sekaligus melonjakkan namanya dalam arina politik. Ini ditambah lagi dengan kemampuan Apandi menjadi seorang pembahas yang kompeten di Parlimen.

Kekalahan Mustapa ditangan Apandi itu menyebabkan Mustapa bangkit melakukan apa saja untuk merampas balik kerusi berkenaan. Ini termasuklah menambah pengundi di Jeli serta mengenakan pelbagai tindakan politik ke atas Pas.

Hasilnya dalam pilihan raya umum 2004 Mustapa berjaya merampas balik kerusi berkenaan dan sekali lagi dalam pilihan raya umum 2008 lalu dengan kedua-duanya menewaskan Apandi. Apandi yang menghadapi tentangan Mustapa ketika itu persis kedua belah tangannya tergari kerana kes rasuah itu belum selesai.

Pembebasan yang dibuat mahkamah ke atas Apandi hari ini memberi ruang baru kepada Apandi untuk bergerak akrtif dalam parti tanpa dibayang sebarang phobia yang boleh melemahkan semangatnya.

Tahniah kepada Apnadi atas kesabaran menghadapi trubulasi perjuangan selama sepuluh tahun. Tahniah dan syabas juga kepada isteri dan keluarganya yang terus memberi sokongan dan aspirasi kepada Apandi selama menghadapi tempoh meresah dan mencemaskan itu.

Hosni Enggan Undur, Obama Kecewa, Mesir Bakal Meledak

KAHERAH 11 FEB: Keengganan Presiden Mesir Hosni Mubarak berundur dengan menolak tuntutan penunjuk perasaan terus menimbulkan ketegangan di negara yang bergolak itu.

Tunjuk perasaan kini masuk hari ke-17.

Hosni berkata beliau akan kekal menerajui negaranya sehingga pemilihan September ini.

Selepas itu, beliau akan menyerahkan sebahagian kuasa kepada naibnya Omar Suleiman tetapi tiada butiran diberikan.

“(Saya) tidak boleh dan tidak akan menerima arahan-arahan dari luar (supaya berundur),” katanya.

“Saya tidak akan berpisah dari tanah Mesir sehingga saya dikebumikan,” kata Hosni lagi.

Sejurus selepas ucapan Hosni, penunjuk-penunjuk perasaan menyambut ucapan Hosni dengan perasaan marah manakala pemimpin pembangkang utama pula menyifatkan pendirian terbaru presiden itu akan menyebabkan “Mesir meledak.”

Mereka yang menyertai demonstrasi tersentak dengan pendirian Hosni sambil melaungkan: “Pergi, pergi. pergi.”

Sesetengah penunjuk perasaan kelihatan menitiskan air mata manakala beberapa yang lain terkejut dengan ucapan itu.

Pemenang hadiah Nobel Keamanan Mohamed ElBaradei, yang dilihat sebagai pemimpin pembangkang utama di Mesir sekarang, meramalkan “Mesir akan meletup” kerana Hosni enggan tunduk kepada tuntutan rakyat.

Justeru, bekas ketua agensi nuklear antarabangsa ini meminta tentera campur tangan.

Sementara itu, rakan sejawatnya iaitu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dilaporkan tidak gembira dengan pendirian terbaru Hosni.

Beliau mengeluarkan kenyataan segera selepas 17 minit Hosni menyatakan pandangannya.

Dalam satu kenyataan, Obama menegaskan kerajaan Mesir belum mengetengahkan laluan yang 'berwibawa, konkrit dan jelas' ke arah memulihkan demokrasi.

Menurut Obama “rakyat Mesir masih belum yakin bahawa kerajaan (mereka) serius mengenai peralihan tulen untuk (melaksanakan) demokrasi.”

“Rakyat Mesir telah dimaklumkan adanya satu peralihan kuasa, tetapi ia masih belum jelas sama ada peralihan ini segera dilaksanakan, bermakna atau mencukupi,” kata Obama.
-tvsnews-

Pelakon, Sharifah Sofia Pertikai Valentines Day Haram

Kusha Basir 
Lama tak dengar cerita tentang pelakon wanita kacukan Melayu Ingeris ini. Dengar khabar, pemilik nama sebenar Sharifah Sofia Syed Hussien ini sedang menunggu saat-saat kelahiran permata sulung beliau bersama suami tercinta, Syed Ismail Syed Al-Ali. Mesti excitedkan? 

Mengimbas kembali gosip panas yang pernah terpalit kepada wanita kelahiran Liverpool ini, (selain gambar berparti dan bersosial) insiden bergambar  ‘mesra’ Sofia dengan beberapa ekor anjing yang tersebar luas di internet sedikit masa dahulu telah mendapat reaksi negatif daripada peminat. Rata-rata berpendapat bahawa Sofia langsung tidak mengambil kira sensitiviti rata-rata umat Islam di negara ini.



Walaupun tindakannya itu dikritik hebat oleh majoriti masyarakat Islam, namun pelakon drama rantaian Nur Kasih ini telah memberikan komen balas bahawa sebagai seorang yang beragama Islam, beliau juga tahu akan halal dan haram sesuatu perkara itu.

Terbaru, Sharifah Sofia dilihat cuba mempertikaikan tentang isu pengharaman sambutan Valentines Day atau hari Kekasih di laman Twitternya. Antara persoalan yang dibangkitkan beliau ialah, “Jika benar ianya haram, mengapa tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini tidak diharamkan”?

Namun penulis ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada peminat-peminat Sofia yang sudi menjelaskan kepada beliau bahawa sambutan Valentines Day sememangnya haram sejak dahulu lagi, cuma kita-kita ni saja yang kurang peka atau sambil lewa dengan pengharaman tersebut. Harap maklum!
..

 .
-tranungkite-