"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kita menang lagi

Mohsin Abdullah
Hebat Joko Widodo ni. Presiden baru Indonesia. Menurut laporan media antrabangsa, beliau tetap rendah diri walaupun kini bergelar Pak Presiden. Begitu juga keluarganya. Status tidak mengubah cara hidup mereka. Anak perempuan beliau umpamanya.

Baru baru ini si anak presiden cedera di tangan lalu Kahiyang Ayu memilih untuk ke klinik kesihatan awam – bukannya ke hospital swasta bertaraf bintang. Sanggup beratur panjang bersama rakyat biasa untuk mendapatkan rawatan doktor.

Isteri Jokowi lebih senang memakai baju simple bukannya designer clothes. Iriana Jokowi juga tidak gemar beg tangan berjenama yang harganya punyalah mahal.

Iriana (kanan) bersama Kahiyang dan Kaesang dengan gaya santai.
Dalam erti kata lain Jokowi dan keluarga tidak lupa diri. Maka jelas bukan senang nak “kalahkan” Jokowi. Tapi ada benda yang beliau “tewas”. Jumlah menteri. Bab ini kita menang.

Di bawah pentadbirannya, Indonesia hanya ada 34 orang menteri.

Kita ada 35 dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Menang satu je kamu kata?

Nanti sabar. Itu baru menteri. Tengok pula tuan-tuan penasihat.

Kita ada Tan Sri Rais Yatim – penasihat khas kepada kerajaan Malaysia mengenai sosio budaya.

Kita ada puan penasihat juga. Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil – penasihat khas kepada perdana menteri berhubung hal ehwal wanita dan pembangunan sosial.

Tidak lupa Tan Sri M.Kayveas. Beliau ialah penasihat khas kepada menteri pengangkutan.

Bukan itu saja.

Kita ada Datuk Seri S.Samy Vellu yang dipertanggungjawabkan sebagai duta khas kerajaan Malaysia ke India dan Selatan Asia.

Dan Tan Sri Ong Ka Ting ialah duta khas Malaysia ke China.

Sama ada penasihat khas mahu pun duta khas semua bertaraf menteri. So kira menteri lah tu brader.

Dengan itu, jarak kemenangan kita ke atas Indonesia as far as number of ministers go meningkat. Jurang perbezaan jauh maknanya.

Nak lagi? Kita boleh kira timbalan menteri. Amek kau...

Ok lah kamu boleh kata di Indoensia – 34 menteri jaga jumlah penduduk lebih 200 juta manakala Malaysia, 35 menteri jaga “hanya” 30 juta penduduk.

Itu depa punya pasal lah. Siapa suruh tak lantik ramai menteri? Tanggung sendiri dong.

Bak kata orang utara, biaq pi

Hujah Penutup Shafee Penuh Lawak Jenaka

Shahbudin Husin
Peguam terkenal, Shafee Abdullah yang dilantik khusus oleh Jabatan Peguam Negara bagi menjalankan tugas pendakwaan bagi rayuan kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan telah pun menamatkan pusingan pertama pembentangan hujah-hujahnya petang semalam.

Sebelum itu, pihak pembela sudah pun mengemukakan hujah pembelaannya dalam usaha memastikan sabitan lima tahun penjara keatas Ketua Pembangkang, digugurkan.

Berikutan kedua-duanya sudah menamatkan pusingan pertama masing-masing, pihak pembela yang diketuai oleh Gopal Sri Ram akan membalas dan cuba mematahkan hujah-hujah pendakwa itu di pusingan akhir pada hari Khamis nanti. Memandangkan seramai empat peguam Anwar dijangka tampil berhujah mengikut skop masing-masing, adalah dirasakan ia akan mengambil masa sehari suntuk pada Khamis itu.

Selepas itu, dijangka pada Jumaat pagi, barulah pihak pendakwa sekali lagi tampil mempertahankan hujah pendakwaan untuk kekal mensabitkan Anwar atas dakwaan liwat sebelum lima hakim membuat keputusannya.

Sama ada keputusan akan dibuat sebaik saja pihak pendakwa dan pembela menamatkan tugas masing-masing, ia bergantung kepada lima hakim berkenaan menentukannya. Andainya fakta-fakta kes sudah diteliti sepenuhnya, tidak mustahil keputusan akan diketahui menjelang petang Jumaat nanti.

Tetapi sekiranya selepas tamat hujah kedua-duanya dan hakim memerlukan lebih masa untuk menelitinya, keputusan kes rayuan ini dijangka hanya akan diketahui dua atau tiga minggu selepas itu.

Dalam tempoh menunggu keputusan itu, pihak yang mengharap dan berdoa agar Anwar dibebaskan dan dapat meneruskan perjuangan politiknya, dapatlah terus beristiqamah dan begitu juga pihak yang suka Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipenjarakan, teruslah dengan keinginan itu.

Tiada sesiapa yang mampu mengubah pendirian dan keyakinan seseorang kerana masing-masing ada matlamat dan tujuan yang berbeza.

Di hari penutup hujah pusingan pertama Shafee ini, walaupun banyak hujah, keterangan dan fakta yang cuba disampaikannya, bukan saja untuk mengekalkan sabitan bersalah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini tetapi juga dipercayai untuk menambah lagi tempoh penjara kepada Anwar, dua isu yang dihujahkan oleh pihak pendakwa lebih menarik perhatian serta menjadi perbualan ramai.

Pertamanya, menyenai DNA pihak ketiga yang turut ditemui dalam rektum Saiful. Jika semalam, Shafee berkata, DNA ketiga pada seluar dalam Saiful boleh jadi datangnya daripada tempat duduk tandas yang yang digunakannya sebelum itu, hari ini pula beliau berkata, DNA ketiga itu mungkin kepunyaan doktor daripada Pusrawi yang mula-mula merawat Saiful iaitu Dr Osman Abdul Hamid.

Beliau mengandaikan, DNA daripada Dr. Osman mungkin melekat secara tidak sengaja kerana ketika melakukan rawatan, tiada sarung tangan dan protoskop yang tidak diseterilkan pula telah digunakannya.

Sesiapa pun yang mendengar hujah ini pastinya tidak dapat mengelakkan daripada mengatakannya seperti lawak jenaka semata-mata. Ia seperti hujah tangkap muat dan ingin menunjukkan kebenciannya kepada Dr. Osman yang sebelum ini menyatakan tiada penembusan pada dubur Saiful ketika mula-mula memeriksanya.

Sebab itu, sementara pihak pembela dijangka akan mematahkan hujah tersebut dengan fakta yang kebih kukuh pada Isnin nanti, Anwar ketika selesai mahkamah bersidang hanya mengulasnya dengan berkata, "jika DNA ketiga itu dipercayai daripada Dr. Osman, kenapa tidak diambil ujian DNA daripadanya."

Menutup hujahnya mengenai kelewatan Saiful membuat laporan polis iaitu dua hari selepas mendakwa diliwat pula, Shafee berkata, ia adalah disebabkan tiada sesiapa yang mengambil serius terhadap aduan yang dibuatnya sebelum itu.

Adalah menjadi fakta dalam mahkamah sebelum ini bahawa sebelum membuat laporan polis, Saiful didapati telah menemui Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan seorang pegawai kanan polis yang dikenali sebagai Mohd Rodwan Mohd Yusof. Saiful juga didapati menghubungi Ketua Polis Negara, Musa Hassan melalui panggilan telefon.

Shafee berhujah bahawa pegawai polis dan pegawai kerajaan peringkat atasan yang ditemui Saiful telah tidak bertindak terhadap aduan yang dibuatnya dan itu mungkin punca mengapa Saiful menunggu sehingga dua hari sebelum membuat laporan polis.

Sekali lagi, hujah ini benar-benar lawak jenaka. Apakah perlunya seseorang meminta sokongan daripada segala macam jenis orang sebelum mahu membuat laporan polis?

Daripada manakah pula aksesnya diperolehi untuk bertemu Najib dan Mohd Rodwan serta menghubungi Musa Hasan itu?

Bukankah sesiapa saja bebas boleh pergi ke mana-mana balai polis untuk membuat laporan?

Berbanding banyak keraguan dan kekeliruan yang berjaya ditimbulkan oleh pihak pembela pada pusingan pertama dan kemudian sudah dibalas oleh Shafee tetapi bukan saja dengan hujah mirip kuliah politik dan kadangkala membuatkan sesiapa turut ketawa, keyakinan untuk melihat Anwar diberi keadilan yang sewajarnya dan dibebaskan, tetap tidak berubah dan cerah.

Yakin dan percayalah, jika rakyat biasa pun ramai yang sekadar ketawa dengan hujah pendakwa, tentulah tidak mungkin hakim yang arif lagi bijaksana mahu mengambil kiranya sebagai fakta.

Kes Liwat II Dari Kacamata Saya - IsaLinggi

IsaLinggi
"Sebenarnya saya tidak berminat untuk menulis perihal perbicaraan rayuan kes liwat II yang sedang berlangsung sekarang ini kerana saya melihat tiada isu baru yang ditimbulkan oleh kedua-dua belah pihak. Tetapi keunikkan kes ini ialah 2 pendakwaraya dan 4 hakim beragama ISLAM dan pihak pembela pula terdiri dari 9 orang dari pelbagai agama dan 4 orang ISLAM dalam mendakwa dan membela 2 Orang Lelaki ISLAM.

Kemasukkan Tan Sri RAM GOPAL bekas Hakim Mahkamah Persekutuan mendapat cemuhan dari penyokong Saiful Bukhari dan terdapat gesaan dari pelbagai pihak yang mahukan Majlis Peguam menguatkuasakan resolusi yang telah dipersetujui yang mana bekas hakim dilarang untuk menyertai perbicaraan bagi mengurangkan kekangan keputusan hakim yang melakukan tugasan perbicaraan.

Dalam kes Liwat II ini, saya bersetuju jika pengecualian diberikan kepada Tan Sri Ram Gopal kerana diperingkat awal lagi apabila Peguam Negara melantik Tan Sri Shafee Abdullah sebagai pendakwaraya, bererti kes ini bukan kes jenayah. Ini kerana Shafee Abdullah terkenal sebagai peguam yang mewakili kebanyakkan kes yang melibatkan pimpinan BN terutama UMNO dan sebagai Peguam Negara yang seharusnya tidak bias kepada mana-mana pihak, lantikkan Shafee tidak harus dibuat. Jika Peguam Negara menghalalkan perlantikkan Shafee Abdullah sebagai Pendakwaraya mewakili Peguam Negara, maka tidak salah bagi Ram Gopal mewakili Anwar. Bahkan Shafee Abdullah pernah mewakili Razak Baginda menentang Peguam Negara dalam kes pembunuhan Altantuya. Ketika itu saya terfikir kenapa Peguam Negara tidak melantik Karpal Singh sebagai pendakwaraya bagi menentang Shafee Abdullah sebagai pembela ketika itu.

Berbalik kepada kes liwat yang sedang berlangsung ini, kita telah meneliti hujah yang diberikan oleh pihak pembelaan yang mana ianya tertumpu kepada bukti-bukti saintifik serta yang sememangnya perlu kita amati untuk memahaminya. Apabila tiba giliran Pendakwaraya pula, imiginasi menjadi intipati pendakwaan. Dengan cerita dalam cerita, yang mana Saiful bercerita dan kemudian diceritakan oleh Shafee maka itu asas pendakwaan Shafee. Shafee yang sebelum ini dianggap peguam hebat oleh Mahathir dan dikatakan amat ditakuti oleh Anwar, hanya mampu mengulangi bukti2 lama yang diperbaharui cara penyampaiannya.

Saya seronok melihat diantara kehebatan Shafee Abdullah ialah berkenaan dengan kesan DNA yang terdapat diseluar dalam Saiful yang dipakai ketika melakukan laporan polis yang mana selepas 3 hari mengadu diliwat oleh Anwar dan yang paling uniknya ialah seluar dalam yang dipakai ketika kejadian liwat itu dibasuh oleh ibu bekas tunangnya yang semua orang tahu siapa wanita itu. Kemudian, peguam hebat itu mendakwa penggunaan tandas duduk boleh menyebabkan kedapatan DNA lain dalam anus saiful yang mana sehingga sekarang saya cuba memperaktikkan apa yang dikatakan oleh Shafee bila duduk di tandas duduk bagaimana airmai saya boleh berada dalam anus saya. (Maaf kerana saya terpaksa melancap didalam bilik air untuk memastikan airmani saya berada diatas tandas duduk dan selepas itu saya duduk diatas tandas tersebut. Yang saya pasti, airmani saya melekat dibahagian bawah peha saya dan saya tidak tahu macammana ia mampu masuk kedalam anus saya jika saya tidak mencalit dijari dan menjolok kedalam anus saya.

Tetapi jika saya menjolok jari saya kedalam anus saya sudah semestinya saya akan membersihkan tangan dan saya rasa tidak ada mana-mana umat ISLAM akan membiarkan anusnya kotor tanpa dibasuh. Jika seluar dalam milik Saiful dibasuh dirumah bekas tunangnya, adakah dia tidak mandi semasa menyalin seluar dalam baru? Apa yang menghairankan saya ialah apabila diliwat dengan menggunakan pelincir seperti yang dikatakan oleh Saiful, sesiapa pun tidak akan merasa selesa walaupun dalam masa sejam selepas diliwat. Cuba anda letakkan minyak gris dijubor anda dan adakah anda akan merasa selesa selama 2 hari tidak membasuhnya. Liwat juga akan mengakibat kotoran keluar dari lubang anus seperti juga kita membuang air besar dan Saiful merupakan insan yang amat kuat dapat menahan dari membasuh anus beliau walaupun selepas diliwat.

Apakah motif ibu bekas tunangnya membasuh seluar dalam Saiful dan kenapa seluar itu dibasuh dirumah bekas tunangannya? Pada pandangan saya mungkin juga DNA Y yang dikatakan dijumpa pada Saiful milik bekas tunangannya.

Apa pun kalau saya dilantik sebagai pihak pembela dalam kes ini, sekiranya saya yakin dengan kebenaran Anwar Ibrahim, saya akan meminta tambahan 10 hari kepada hakim untuk menguji kebenaran mana-mana pihak.

10 hari ini saya akan peruntukkan untuk meletakkan pelincir di buntut saiful dan menjolok mana-mana airmani kedalam anus saiful. Dengan pengawasan penuh selama 2 hari tanpa mandi dan buang air besar. Kita perlu memastikan beberapa orang menggunakan tandas duduk sebelum minta Saiful duduk di tandas duduk dan selepas itu ambil dna dari anus beliau.

Langkah seterusnya DNA tersebut perlu didedahkan sepertimana perlakuan oleh Polis JUDE yang mana bagi memastikan ianya tidak tercemar seperti yang dinyatakan oleh pakar kimia dan juga peguam terhebat Shafee. Apa yang penting, pastikan semua itu menurut turutan apa yang dikatakan oleh Shafee Abdullah kerana beliau amat hebat dalam membentangkan teori dan pihak pembela perlu melakukan praktikal dari teori beliau.

Apa yang nak kita lihat ialah ketahanan Saiful selama 2 hari menahan buntutnya dipenuhi dengan pelincir dan air mani didalam anusnya tanpa membuang air besar.

Disini juga kita ingin melihat 18 alee dan kedapatan DNA Y yang berada didalam anus Saiful seperti yang dikatakan oleh Shafee Abdullah terhasil dari tindakan Saiful duduk di tandas duduk.

Kita ingin melihat adakah tindakan JUDE PARERA meletakkan sampel dna didalam laci pejabat selama tempoh yang dikatakan tidak merosakkan sampel.

Kita juga ingin melihat hasil kajian yang dilakukan oleh dua ahli kimia yang sama dalam melakukan kajian tersebut dan melantik 4 orang lagi iaitu dua dari pihak pendakwa dan 2 dari pihak pembela untuk menjadi pemerhati.

Hasil dari lakon semula ini, pihak hakim akan dapat melihat kebenaran hujah kedua-dua pihak dari pendakwaan dan pembelaan.

Saya memilih cara ini kerana 4 orang yang menjadi Hakim dalam kes ini merupakan orang Melayu Beragama ISLAM dan terkenangkan hadits dibawah:

Hakim dan Kehakiman

1. Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk surga. Yang masuk surga ialah yang mengetahui kebenaran hukum dan mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang haq tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut, bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara, maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang bodoh, yang tidak mengetahui yang haq dan memutuskan perkara berdasarkan kebodohannya, maka dia juga masuk neraka. (HR. Abu Dawud dan Ath-Thahawi)

2. Lidah seorang hakim berada di antara dua bara api sehingga dia menuju surga atau neraka. (HR. Abu Na'im dan Ad-Dailami)

3. Barangsiapa diangkat menjadi hakim maka dia telah disembelih tanpa menggunakan pisau. (HR. Abu Dawud)

4. Allah beserta seorang hakim selama dia tidak menzalimi. Bila dia berbuat zalim maka Allah akan menjauhinya dan setanlah yang selalu mendampinginya. (HR. Tirmidzi)

5. Bila seorang hakim mengupayakan hukum (dengan jujur) dan keputusannya benar, maka dia akan memperoleh dua pahala. Tetapi bila keputusannya salah maka dia akan memperoleh satu pahala. (HR. Bukhari)

6. Janganlah hendaknya seorang wanita menjadi hakim yang mengadili urusan masyarakat umum. (HR. Ad-Dailami)

7. Salah satu dosa paling besar ialah kesaksian palsu. (HR. Bukhari)

8. Rasulullah Saw bersabda : "Disejajarkan kesaksian palsu dengan bersyirik kepada Allah." Beliau mengulang-ulang sabdanya itu sampai tiga kali. (Mashabih Assunnah)

9. Nabi Saw mengadili dengan sumpah dan saksi. (HR. Muslim)

10. Maukah aku beritahukan saksi yang paling baik? Yaitu yang datang memberi kesaksian sebelum dimintai kesaksiannya. (HR. Muslim)

11. Pria paling dibenci Allah ialah orang yang bermusuhan dengan sengit. (HR. Bukhari)

12. Janganlah hendaknya seorang hakim mengadili antara dua orang dalam keadaan marah. (HR. Muslim)

13. Tidak halal darah (dihukum mati) seorang muslim kecuali karena salah satu dari tiga sebab. Pertama, duda atau janda yang berzina (juga suami atau isteri). Kedua, hukuman pembalasan karena menghilangkan nyawa orang lain (Qishas), dan ketiga, yang murtad dari Islam dan meninggalkan jama'ah. (HR. Bukhari)

14. Rasulullah Saw pernah memenjarakan seseorang karena suatu tuduhan kemudian dibebaskannya. (HR. An-Nasaa'i)

15. Sesungguhnya aku mengadili dan memutuskan perkara antara kalian dengan bukti-bukti dan sumpah-sumpah. Sebagian kamu lebih pandai mengemukakan alasan dari yang lain. Siapapun yang aku putuskan memperoleh harta sengketa yang ternyata milik orang lain (saudaranya), sesungguhnya aku putuskan baginya potongan api neraka. (HR. Aththusi)

16. Seorang wanita di jaman Rasulullah Saw sesudah fathu Mekah telah mencuri. Lalu Rasulullah memerintahkan agar tangan wanita itu dipotong. Usamah bin Zaid menemui Rasulullah untuk meminta keringanan hukuman bagi wanita tersebut. Mendengar penuturan Usamah, wajah Rasulullah langsung berubah. Beliau lalu bersabda : "Apakah kamu akan minta pertolongan (mensyafa'ati) untuk melanggar hukum-hukum Allah Azza Wajalla?" Usamah lalu menjawab, "Mohonkan ampunan Allah untukku, ya Rasulullah." Pada sore harinya Nabi Saw berkhotbah setelah terlebih dulu memuji dan bersyukur kepada Allah. Inilah sabdanya : "Amma ba'du. Orang-orang sebelum kamu telah binasa disebabkan bila seorang bangsawan mencuri dibiarkan (tanpa hukuman), tetapi jika yang mencuri seorang awam (lemah) maka dia ditindak dengan hukuman. Demi yang jiwaku dalam genggamanNya. Apabila Fatimah binti Muhammad mencuri maka aku pun akan memotong tangannya." Setelah bersabda begitu beliau pun kembali menyuruh memotong tangan wanita yang mencuri itu. (HR. Bukhari)

17. Bila dua orang yang bersengketa menghadap kamu, janganlah kamu berbicara sampai kamu mendengarkan seluruh keterangan dari orang kedua sebagaimana kamu mendengarkan keterangan dari orang pertama. (HR. Ahmad)

18. Kami bersama Rasulullah Saw dalam suatu majelis. Rasulullah bersabda :"Berbai'atlah kamu untuk tidak syirik kepada Allah dengan sesuatu apapun, tidak berzina, tidak mencuri, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), kecuali dengan (alasan) yang benar. Barangsiapa menepatinya maka baginya pahala di sisi Allah dan barangsiapa yang melanggar sesuatu dari perkara-perkara itu maka dia dihukum dan itulah tebusannya (kafarat). Namun barangsiapa yang melanggar perkara-perkara itu dan dirahasiakan oleh Allah maka persoalannya adalah di tangan Allah. Bila Dia menghendaki maka akan diampuniNya atau disiksaNya (di akhirat)." (HR. Muslim)

19. Hindarkanlah tindakan hukuman terhadap seorang muslim sedapat mungkin karena sesungguhnya lebih baik bagi penguasa bertindak salah karena membebaskannya daripada salah karena menjatuhkan hukuman. (HR. Tirmidzi dan Al-Baihaqi)

20. Barangsiapa menjauhi kehidupannya sebagai badui maka dia mengisolir dirinya, dan barangsiapa yang mengikuti perburuan maka dia akan lengah dan lalai. Barangsiapa yang mendatangi pintu-pintu penguasa maka dia akan terkena fitnah. Ketahuilah, seorang yang makin mendekatkan dirinya kepada penguasa akan bertambah jauh dari Allah. (HR. Abu Dawud dan Ahmad)


Sumber : 1100 Hadits Terpilih (Sinar Ajaran Muhammad) oleh Dr. Muhammad Faiz Almath terbitan Gema Insani Press.

Jadi pikir-pikirkanlah wahai peguambela dan hakim-hakim.