"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibu bapa ditahan, hanya beri anak makan bubur sekali sehari

Agensi

Tokyo: Polis di Tokyo menahan sepasang suami isteri atas dakwaan mengabaikan anak perempuan mereka sehingga tidak diberi makan dengan mencukupi, menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kekurangan zat makanan.

Memetik Japan Today, pihak polis memaklumkan, suami, 20-an dan isteri, 30-an, melakukan perbuatan itu ke atas anak perempuan mereka yang masih bersekolah rendah.

Kedua-duanya sebelum ini ditahan kerana disyaki menyerang dua lagi anak mereka yang berumur di bawah sekolah menengah rendah.

Media melaporkan, selain kekurangan zat makanan, polis menemui beberapa lebam dan kesan terbakar pada muka dan badan anak perempuan yang paling muda.

Kata pihak polis, lelaki itu mengaku terhadap dakwaan berkenaan, manakala ibu kanak-kanak terbabit sebahagiannya menafikan tuduhan dan mendakwa memberi bubur kepada anaknya sekali sehari.

"Pasangan itu disyaki mengehadkan makanan anak perempuan mereka dan tidak memberinya rawatan perubatan walaupun mengetahui kanak-kanak itu tidak dapat berjalan sendiri sejak pertengahan Julai," katanya.

Dalam pada itu, penderaan berkenaan dilaporkan kepada pusat kebajikan kanak-kanak selepas seorang pekerja penjagaan selepas sekolah melihat kanak-kanak itu dalam keadaan lemah pada awal Ogos.

Pasangan itu kemudian ditahan pada Oktober selepas pemeriksaan rumah mereka pada bulan sebelumnya menemui rakaman kamera keselamatan dan gambar telefon pintar yang menunjukkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak.

Difahamkan, pasangan itu juga bertindak kadangkala meninggalkan anak-anak tanpa pengawasan apabila keluar.

Dakwa mereka, terdapat kamera pengawasan dipasang untuk memantau anak-anak.
-hmetro 

Video: Arab Saudi dilanda banjir kilat

Buletin TV3 

MAKKAH: Banjir kilat melanda Arab Saudi susulan taburan hujan lebat dan ribut petir. Rakaman mengejutkan menunjukkan aliran lumpur yang deras memenuhi jalan-jalan berhampiran bandar suci Makkah. Banyak kenderaan terperangkap di jalan raya.

Kelajuan angin sehingga 50 kilometer sejam dilaporkan di beberapa kawasan pada malam Rabu. Ombak tinggi juga dilaporkan mencecah sehingga dua setengah meter, lapor media The Sun.

Media tempatan melaporkan keadaan cuaca tidak stabil dan ribut petir tertumpu di bahagian utara dan barat negara. Hujan lebat dijangka berterusan pada hari Khamis sebelum dijangka bertambah buruk menjelang hujung minggu.

Wilayah pesisir seperti Makkah, Jeddah, Madinah dijangka terjejas dengan cuaca buruk ini. AGENSI

Kelantan: Bekas pengikut Ayah Pin antara ditahan berhimpun depan Istana Kelantan

ROHANA MOHD. NAWI

MACHANG – Dua daripada 13 individu termasuk seorang wanita dan tiga Orang Asli yang ditahan selepas berhimpun di depan Istana Negeri, Kubang Kerian di sini kelmarin merupakan bekas pengikut ajaran Ayah Pin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat, berkata, kedua-dua lelaki itu merupakan antara lima individu yang dikesan positif dadah selepas ujian saringan awal air kencing dijalankan.

Menurutnya, kesemua individu yang ditahan selepas berhimpun di depan Istana Negeri itu juga berkemungkinan mempunyai kaitan dengan ajaran sesat.”Kita tidak menolak kemungkinan mereka ini mempunyai kaitan dengan ajaran sesat apabila terdapat dua daripadanya bekas pengikut Ayah Pin.

“Siasatan lanjut turut mendapati, mereka berhimpun di depan istana untuk menyerahkan barangan lama kepada Sultan Muhammad VI (Sultan yang akan datang datang), bukannya Sultan sekarang (Sultan Muhammad V),” ketika ditemui pemberita selepas Program Town Hall Discussion Ketua Polis Kelantan 2025: Waspada Jenayah Dadah dan Jenayah Siber di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Machang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, pihaknya juga masih menjalankan siasatan lanjut termasuk peranan penduduk Orang Asli yang turut menyertai himpunan berkenaan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 (1) Akta Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seramai 13 individu termasuk seorang wanita dan tiga Orang Asli yang ditahan selepas berhimpun di depan Istana Negeri, Kubang Kerian di sini kelmarin dipercayai mahu menyerahkan barangan lama kepada pihak istana.

Mohd. Yusoff berkata, kesemua individu yang berusia dalam lingkungan 26 hingga 67 tahun itu direman empat hari bermula semalam hingga Sabtu ini.

Mengikut sumber, pemeriksaan terhadap beberapa orang suspek menjumpai senjata tajam seperti keris, lembing, kelewang, pedang dan benet.

“Selain itu, kayu, tongkat buluh, teko tembaga, cawan tembaga, rantai manik, duit syiling pelbagai mata wang, akar kayu dan songket berwarna kuning turut dirampas,” katanya. – KOSMO! ONLINE