"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BN Guna Peserta PLKN Semasa PRK Batang Ai

Barisan Nasional didakwa melanggar undang-undang pilihan raya dengan menyalahgunakan peserta  Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Program Komuniti Belia Remaja (Y2Y) semasa kempen pilihan raya kecil Batang Ai.

Badan pemantau pilihanraya Malaysian for Free & Fair Election atau Mafrel berkata ia mempunyai bukti bergambar rekrut-rekrut PLKN dan Y2Y berseragam dikerah dalam perarakan BN semasa hari penamaan.

Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini berkata satu laporan lengkap memperincikan penyalahgunaan sumber kerajaan oleh BN dalam tiga pilihan raya kecil lalu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Penyalahgunaan prasarana awam dikesan dalam ketiga-tiga pilihan raya lepas. Ini termasuk pengunaan prasarana awam seperti dewan masyarakat, kenderaan kerajaan dan majlis rasmi kerajaan untuk tujuan kempen. Mobilisasi pelatih-pelatih dari program khidmat negara semasa hari penamaan calon di Batang Ai adalah amat dikesalkan,” kata Syed Ibrahim.

 Selain itu, Mafrel turut mendakwa BN menyalahgunakan wang rakyat untuk tujuan politik dalam pilihan raya Batang Ai.

 BN menjanjikan projek-projek bernilai lebih dari RM175 juta termasuk pembinaan kompleks polis bernilai RM58.7 juta, pusat jalur lebar bernilai RM2.5 juta, projek turap jalan bernilai RM62 juta dan penambahbaikan dan pemulihan rumah panjang bernilai RM2 juta.

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: