"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cabaran Sudah Disambut Apa Lagi Yang Ditunggu

Zaid sahut cabaran Rais berdebat
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyahut cabaran berdebat dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais mendakwa Zaid sering dipetik oleh media asing untuk memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

rais yatim and zaid ibrahimOleh itu, Rais mencabar Zaid untuk berdebat di khalayak ramai jika beliau yakin dakwaan terhadap Najib itu benar.

"Saya tidak tahu apa yang dicakap atau dirujuk oleh Rais mengenai serangan terhadap Najib melalui media asing," kata Zaid.

"Tetapi jika beliau memberitahu secara khusus mengenai apa yang beliau mahu debat, saya bersedia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja," katanya kepada 
Malaysiakini.

Bercakap kepada pemberita malam tadi, Rais juga berkata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memiliki peribadi yang mempunyai beberapa sifat "si lunchai" kerana Zaid tidak mengenal sifat kebijaksanaan atau faedah mengutuk pemimpin sendiri.

"Kita akan lihat setakat mana hebatnya beliau (Zaid) menggunakan istilah-istilah itu terhadap perdana menteri," kata Rais, lalu mencabar Zaid untuk berdebat di khalayak ramai bagi membuktikan dakwaannya itu.

Rais juga dilaporkan berkata, 
tohmahan yang dikeluarkan oleh media asing terhadap Najib mempunyai tujuan tertentu untuk menjatuhkan beliau atau satu "grand design".

Katanya, perbuatan media itu bukan satu perkara baru kerana mereka pernah menggunakan taktik yang sama tetapi gagal sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui kepimpinan negara.

"Media asing itu akan menggunakan pelbagai istilah mengaitkan pelbagai kelakuan (perdana menteri) yang kononnya tidak boleh diterima (oleh pihak tertentu)," katanya selepas menghadiri majlis bacaan yasin dan tahlil untuk bekas timbalan perdana menteri Tun Abdul Ghafar Baba di Peringgit, Melaka malam tadi.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: