"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kontroversi: Fuziah, Langkah Kabinet Benarkan Anak-Anak Kekal Agama Asal Biar Pun Ibu Bapa Memeluk Agama Islam Sungguh Mengecewakan !!

KUANTAN - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) hari ini kecewa dengan keputusan kabinet berhubung penyelesaian pertikaian mengenai agama anak-anak yang kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka memeluk Islam. Beliau berkata"keputusan kabinet itu amat-amat membimbangkan dan tentu sekali boleh membawa kepada masalah sosial kelak" katanya. Beliau turut menambah bahawa tanpa bimbingan agama yang mantap daripada ibubapa yang telah bertukar agama ia akan menjadi punca kepada permasalahan dikalangan remaja. "Contohnya apabila ibubapa bertukar agama, siapakah yang akan mendapat hak penjagaan anak nanti, ini kerana anak itu berbeza agama daripada yang ditetapkan ke atas anak"."Siapa pula yang akan dipertanggungjawabkan dalam hal membimbing agama"tambah beliau lagi. Beliau turut menegaskan bahawa keputusan kabinet itu nerupakan satu tindakan yang tidak fikir panjang dan meletakkan anak sebagai paling utama. Malah katanya, keputusan ini juga telah membelakangkan kemurnian agama Islam. Ini kerana dari segi pandangan Islam, apabila mana-mana ibubapa memeluk agama Islam maka status anak mereka yang dibawah umur secara automatik beragama Islam juga.


[Nampaknya, pincanglah konsep "One Malaysia" jika begini caranya kabinet membuat keputusan. Sepatutnya segala tindakan yang berkaitan dengan agama Islam perlula dirujuk kepada mereka yang pakar dan arif dalam bidang berkenaan. Jika perkada sebegini dibiarkan berlaku tanpa sebarang sekatan, maka sudah pasti rakyat akan terus bangkit untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razakselepas ini. Sebagai langkah awal, mungkin mereka akan tunjukkan undi protes dalam pilihanraya kecil DUN Penanti tidak lama lagi].

Tiada ulasan: