"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Empat Ahli Pemuda Umno Gerik Ditahan Polis Betong Edar Ecstacy

Empat orang ahli Pemuda Umno Bahagian Grik telah ditangkap oleh polis Thailand di Betong kerana mengedar pil Ecstacy. 

Dua daripada mereka di katakan AJK Pemuda Umno Grik manakala dua lagi merupakan ahli biasa.

Menurut blog Misbahul Munir, setiausaha politik Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak yang memetik sumber Parti Keadilan Gerik, keempat-empat pemuda tersebut dipercayai ditangkap 10 April lepas dan ditahan disebuah lokap polis di Betong.

Dua hari selepas kejadian itu, Ketua Umno Bahagian Grik, Datuk Seri Tajol Rosli bersama Ketua Penerangan Umno Bahagian dikatakan telah pergi ke Balai Polis Betong dalam berusaha membebaskan mereka yang ditahan.

Menurut sumber lagi bekas Menteri Besar itu telah membayar sebanyak sejumlah RM60,000 bagi mendapatkan pembebasan ahli-ahli Pemuda umno tersebut.

Tambah sumber  yang mendapat informasi dari IPD Gerik, kegiatan pemuda-pemuda Umno menyeludup pil Ecstacy dengan menggunakan van Umno bahagian telah lama dipantau, tetapi disebabkan kekebalan Umno dalam melanggar undang-undang menyebabkan tiada siapa yang berani mengambil tindakan.

Maka dengan itu polis Gerik telah bertindak untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada rakan mereka di Thailand dakwa sumber itu lagi.
-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: