"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aku janji sokong Ahmad Said

ku janji sokong Ahmad Said
Muda Mohd Noor 
Ketua Umno bahagian di Terengganu yang menghadiri majlis perjumpaan dan taklimat anjuran Umno negeri itu Sabtu lalu, telah menandatangani 'aku janji', antaranya menyokong Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan Umno negeri.

Selain menyokong Ahmad, aku janji itu juga dibuat sebagai tanda patuh dan taat setia kepada institusi raja-raja dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Seramai empat ketua bahagian - Hulu Terengganu, Dungun, Marang dan Setiu - menghadiri majlis tersebut.

Manakala empat lagi tidak hadir, iaitu Datuk Seri Idris Jusoh (Besut), Ahmad sendiri (Kemaman), Datuk Wan Ahmad Farid Salleh (Kuala Terengganu) dan Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus).

Idris tidak hadir kerana memang diketahui belliau tidak menyokong Ahmad, manakala Wan Ahmad difahamkan mempunyai urusan lain.

Bagaimanapun, menurut setiausaha Umno negeri, Datuk Rosli Mat Hassan, Wan Ahmad telah menghantar SMS menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Ahmad. 

Nasir pula, ketika dihubungi 
Malaysiakini semalam, berkata beliau sedang berada di luar negeri.

Ditanya sama ada beliau menyokong menteri besar, Nasir berkata: "Saya mungkin menyokongnya".

Turut menandatangani aku janji itu ialah lima ketua Wanita bahagian, tujuh ketua Pemuda bahagian serta lima ketua Puteri bahagian di Terengganu yang turut menghadiri majlis tersebut.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pemuda Besut, Mahadi Musa yang turut menghadiri majlis tersebut yang diadakan di Primula Beach Resort di Kuala Terengganu malam Sabtu lalu.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: